Motosikal / Lain Lain Roda

Bilik Pameran BMW Motorrad Pertama di Negeri Sembilan Dibuka

Millennium Welt dan BMW Motorrad Malaysia telah membuka bilik pameran yang pertama di Seremban dan juga Negeri Sembilan, baru-baru ini.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Bercakap sewaktu majlis perasmian pembukaan, Bryan Wong, Pengarah Urusan Millennium Welt berkata, “Kami di Millennium Welt telah lama menjalin kerjasama yang baik dengan BMW dan MINI, kami adalah wakil mereka di Seremban, termasuk Batu Pahat dan Kuantan. Justeru itu, kami berbesar hati dengan usahasama terbaharu BMW melalui pembukaan divisyen beroda dua di sini yang menempatkan jenama BMW Motorrad bagi penggemar motosikal premium.”

BMW Motorrad Dealership (2)

Owen Riley, Ketua BMW Motorrad Malaysia pula berkata, “2017 ialah tahun pemecahan rekod bagi BMW Motorrad di Malaysia. Selain rekod jualan yang memberangsangkan, kami juga menambah lima model motosikal premium terbaharu ke dalam portfolio kami. Kami berharap untuk meneruskan perkembangan positif ini pada tahun 2018 bermula dengan pembukaan pengedar terbaharu, Millennium BMW Motorrad di Negeri Sembilan.”

BMW Motorrad Dealership (5)

Pada tahun lepas, jualan kesemua model BMW Motorrad meningkat sebanyak 13.2% di serata dunia, dengan jumlah 164,153 unit terjual. Di Malaysia sahaja, 1,052 unit motosikal berjaya dijual, mencatatkan peningkatan jualan sebanyak 5% berbanding tahun sebelumnya.

BMW Motorrad Dealership (4)

Bilik pameran ini terletak di Jalan Tun Dr. Ismail, Seremban dan boleh mempamerkan sehingga 10 motosikal BMW Motorrad. Fasiliti tersebut akan berfungsi sebagai pengedar BMW Motorrad yang ke-11 di Malaysia.

Previous post

Ini Ahli Keluarga I.D.Terkini Volkswagen: I.D. R Pikes Peak

Next post

Volkswagen Sah Akan Hasilkan Atlas Versi 5 Tempat Duduk

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *