Berita Auto

BMW Malaysia Buka Tempahan Untuk X2

Dalam masa seminggu sahaja lagi, BMW Malaysia akan memperkenalkan BMW X2, iaitu kenderaan Sports Activity Coupe kompak yang pertama dilancarkan oleh pengeluar dari Jerman itu. Ia boleh ditempah melalui app.bmw.com.my/x2 bermula hari ini, 16 Mac hingga 20 Mac 2018 dengan yuran tempahan sebanyak RM3,000.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Pemohon yang berjaya menempah juga akan berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah ekslusif daripada BMW Malaysia seperti kunjungan ke BMW Alpine xDrive Driving Experience di New Zealand, serta slot di BMW M Track Day dan BMW Driving Experience di Litar Antarabangsa Sepang.

Southern Hemisphere Proving Grounds (SHPG) merupakan pusat latihan yang telah merangkul beberapa anugerah dan terletak di South Island, New Zealand. Fasiliti ini juga merupakan lokasi dunia yang utama bagi ujian kenderaan ketika musim sejuk.

BMW Malaysia menawarkan pelanggan yang menempah X2 dalam talian dan membiayai pembayaran mereka melalui BMW Group Financial Services Malaysia peluang untuk memenangi kunjungan ke lokasi tersebut dari 26 Jun hingga 28 Jun 2018 untuk menyertai BMW Alpine xDrive Experience.

Antara acara yang menarik termasuk peluang untuk menaiki helikopter ke Millbrook Resort di Arrowtown, pemanduan BMW dalam salji yang merangkumi drifting, slalom, penurunan cerun, pemanduan atas ais, perlumbaan drag, dan pusingan kompetitif atas litar bersama jurulatih BMW yang berkelayakan.

Di samping itu, pemenang akan mendapat Assurance Shield Programme (ASP), insurans hayat yang menyeluruh dan perlindungan pembiayaan.

Pemenang juga akan berpeluang untuk memandu pelbagai kenderaan M di Litar Antarabangsa Sepang sempena program BMW M Track Day yang akan menjelang pada tahun ini.

Advanced Module yang diwujudkan oleh BMW Driving Experience menggabungkan teknologi dan kemahiran memandu untuk menilai dan mengatasi situasi bahaya melalui program pemanduan yang menarik. Program ini diperkenalkan untuk berkongsi teknik pemanduan selamat dan bertanggungjawab yang merupakan sebahagian daripada inisiatif BMW Malaysia iaitu Safety 360 0 Program.

Previous post

Lamborghini Urus Super SUV Tiba di Malaysia

Next post

Proton Memberikan Tumpuan Kepada Kualiti dan Inisiatif Jualan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *