Cerita Auto

GrabVarsity Menyokong Pembangunan Komuniti Pelajar di Universiti

Grab, hari ini mengumumkan pelancaran GrabVarsity, sebuah program yang direka khusus untuk pelajar institusi pengajian tinggi. GrabVarsity merupakan program yang pertama seumpamanya di Malaysia bertujuan memenuhi keperluan pengangkutan di kalangan pelajar, dan meningkatkan kualiti hidup serta memberi ganjaran kepada komuniti pelajar. Ia turut memberi peluang kepada mereka untuk menerokai pengalaman bekerja yang sebenar.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Tetamu-tetamu terhormat yang hadir pada majlis pelancaran program berkenaan ialah Y.B. Dato’ Seri Haji Idris bin Jusoh; Menteri Pendidikan Tinggi, dan YBhg. Dato’ Professor Dr. Awang Bulgiba Awang Mahmud, Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, Univerisiti Malaya, yang mewakili Naib Canselor, Universiti Malaya ; bersama-sama dengan Ketua Negara Grab Malaysia, Sean Goh, dan Ketua Pembangunan Perniagaan Grab Malaysia, Tan Jiong Jian.

Grabvarsity, yang boleh diakses oleh komuniti pelajar melalui portal GrabVarsity.com, terdiri daripada empat tonggak utama:

  • Ganjaran GrabVarsity: Program ganjaran berasaskan pelajar universiti ini menawarkan pelbagai faedah eksklusif, yang lebih relevan serta menepati citarasa mereka. Ganjaran berkenaan termasuklah tawaran daripada Shopee Malaysia, iflix, Photobook Worldwide, Honor, Digi dan Pizza Hut.
  • Rakan Pengangkutan: Grab turut membantu mengurangkan kesesakan di dalam kawasan universiti dengan menetapkan kawasan untuk mengambil dan menurunkan penumpang serta menyediakan kod promo eksklusif sempena acara-acara seperti konvokesyen, hari sukan, atau perayaan.
  • Peluang Pembelajaran Secara Langsung: Para pelajar boleh memohon untuk menjalani latihan perantisan di Grab Malaysia dan berpeluang untuk bekerja serta belajar daripada yang terbaik bagi membentuk kemahiran profesional demi masa depan mereka.
  • Merapatkan Peluang Pendapatan: Para pelajar boleh menyertai program jangka pendek khas, iaitu sebuah program khusus untuk pemandu Grab dari kalangan pelajar sahaja bagi membolehkan mereka mendapat pendapatan tambahan untuk membantu membiayai yuran pendidikan atau pinjaman pelajar.

Buat masa ini, GrabVarsity boleh didapati di Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan University Malaysia Perlis (UNIMAP). Grab amat menghargai peluang yang diberikan oleh universiti-universiti berkenaan, dan sedang berusaha untuk memperluaskan lagi program berteraskan pelajar ini ke lebih banyak lagi universiti-universiti lain dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

Previous post

Acura RDX Generasi Ketiga ke New York Auto Show

Next post

Perodua Myvi Terima 60,000 Tempahan Sejak Dilancarkan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>