Cerita Auto

Jaguar F-Pace SVR Tiba Dengan 550 PS, 680 Nm

Jaguar menjadi pengeluar terbaru untuk menyertai segmen SUV berprestasi tinggi dengan pelancaran F-Pace SVR di New York Auto Show 2018.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Dihasilkan dengan kerjasama Special Vehicle Operations (SVO), jentera ini dikuasakan oleh enjin 5.0-liter supercharged V8 yang menghasilkan 550 PS dan 680 Nm. Ini membolehkannya melakukan pecutan 0-100 km/j dalam 4.3 saat dan mencapai kelajuan maksimum 283 km/j.

jfpacesvr19my280318018glhd-resize-1024x682

Selain dari enjin, F-Pace SVR turut menerima naik taraf dari segi aerodinamik dengan air intake yang lebih besar. Ia juga menerima rim tempaan bersaiz 21 inci yang dikatakan 25 mm lebih lebar di belakang. Pelanggan bagaimanapun boleh mendapatkan rim 22 inci yang lebih ringan.

jfpacesvr19my280318012glhd-resize-1024x459

Dari segi pengandalian, sistem suspensi yang lebih keras dan anti-roll bar ( mengurangkan ‘body roll’ sehingga 5 peratus) adalah antara kelengkapan standard yang ditawarkan. Electronic Active Differential (EAD) dan sistem pacuan empat roda memastikan F-Pace SVR sentiasa mendapat cengkaman yang cukup.

jfpacesvr19my280318031glhd

Ia juga dilengkapi dengan Variable Valve Active Exhaust System yang bukan sahaja lebih menarik perhatian, malah 6.8 kg lebih ringan berbanding sistem ekzos standard.

jfpacesvr19my280318004glhdcrop-resize-1024x569

Di United Kingdom, F-Pace SVR dijual pada harga £74,835 (RM406,379).

Previous post

Peluang Untuk Bawa Pulang Renault Captur Edisi EMEL

Next post

Volkswagen Semak Semula Jadual Servis Penyelenggaraan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>