Promosi / Tawaran / Peraduan

Jangan Lupa Parti Hujung Minggu Renault Esok!

Sempena sambutan Tahun Baru Cina, TC Euro Cars (TCEC), pemegang francais tunggal kenderaan Renault di Malaysia akan menganjurkan parti di bilik pameran utama Renault di Petaling Jaya pada hujung minggu 3-4 Mac 2018.

Come Join in the Renault Party this weekend  

Pengunjung boleh mendapatkan pelbagai tawaran hebat dan menyertai banyak aktiviti menarik. Mereka yang membeli mana-mana model Renault pula berpeluang untuk memenang sebuah kenderaan elektrik sepenuhnya, Renault Twizy bernilai RM86,800 menerusi ‘Peraduan Beli & Menang’.  

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Tawaran hebat dengan penjimatan sehingga RM30,000 turut ditawarkan ke atas model-model utama Renault, melalui kempen ‘Favours the Bold’ yang berlangsung hingga 31 Mac 2018.

TCEC telah menyediakan pelbagai aktiviti sempena Parti Hujung Minggu NY termasuklah:

  • Persembahan tarian singa pada 3 Mac (1pm – 2pm) 
  • DJ radio HITZ.fm daripada rancangan Morning Crew – Arnold akan berada di parti tersebut untuk menghiburkan para tetamu pada 3 Mac (11am – 2pm)
  • Trak-trak makanan pada kedua-dua hari 12pm – 2pm 
  • Cabutan bertuah pada setiap jam, termasuklah jam tangan Cerruti serta barangan lain yang ditaja oleh Raytech, GoCar dan Mayflower bernilai lebih RM10,000
  • Aktiviti untuk kanak-kanak seperti mewarna, istana belon dan banyak lagi 

Peminat kereta, terutamanya hatchback pasti gembira kerana mereka boleh melihat Renault Megane GT secara lebih dekat. Semua model Renault yang bergaya dan kontemporari yang kini dijual di Malaysia turut dipamerkan serta boleh dipandu uji. 

Satu lagi acara penting sepanjang parti hujung minggu Renault termasuklah basuh kereta percuma untuk pelanggan Renault berdasarkan kepada siapa cepat dia dapat (pada 4 Mac 2018 sahaja), penilaian kenderaan secara percuma dan tawaran terus oleh MUV, selain peluang memandu uji Renault Twizy.

Parti hujung minggu Renault bermula pada pukul 11am dan berakhir jam 5pm pada kedua-dua hari. Ia terbuka kepda para pelanggan dan orang awam di Renault Petaling Jaya (Alamat: Lot 1A, Jalan Kemajuan, Seksyen 13, 46200 Petaling Jaya, Selangor atau Waze: Renault Petaling Jaya).

RENAULT MEGANE IV HATCHBACK GT (BFB GT) - PHASE 1

Kempen ‘Favours the Bold’ Renault

Melalui kempen Renault, pelanggan yang membeli Koleos – SUV premium Renault – bakal menerima pakej penyelenggaraan selama lima tahun atau perbatuan sejauh 100,000km (mana-mana tiba dahulu) bernilai RM6,850. Boleh didapati dalam versi 2WD dan 4WD, harga Renault Koleos bermula RM184,200. 

Crossover Renault Captur yang bergaya dan berharga RM109,0002, juga boleh didapati pada harga hanya RM98,0001 melalui kempen ini. 

Bukan itu sahaja, pelanggan yang mahukan sedan Renault Fluence yang kukuh dan boleh dipercayai pasti menghargai harga promosinya iaitu RM89,8881. Tawaran itu memberikan penjimatan sehingga RM30,000.  

Maklumat lanjut mengenai Renault di Malaysia, sila layari laman web www.renault.com.my atau www.facebook.com/RenaultMalaysia.

Koleos_Renault's Premium D-SUV

Previous post

Pandu Uji: Hyundai Tucson 1.6 T-GDI

Next post

Volvo Cars Melancarkan Dana Pelaburan Untuk Memulakan Start-Up Teknologi

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *