Motosikal / Lain Lain Roda

Kawasaki Serah Seunit Z650 Kepada UniMAP

Kawasaki Motors Malaysia (KMSB) akan memberikan sokongan dengan menyediakan sebuah motosikal model Z650 untuk kegunaan Unit Penyelidikan Teknologi Sukan Permotoran UniMAP (MoTECH) sebagai alat bantu mengajar bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Motosikal tersebut juga akan digunakan untuk siri kursus pemanduan yang akan dianjurkan oleh MoTECH untuk pelbagai lapisan masyarakat dalam usaha untuk menambahkan kecekapan pemanduan dan penunggangan serta meningkatkan lagi kesedaran keselamatan di jalanraya. Siri kursus tersebut yang bakal dijalankan di Litar UniMAP juga mendapat kerjasama dari JPJ dan JKJR.

KMSB juga menganjurkan beberapa kempen keselamatan jalan raya untuk sebahagian daripada aktiviti khidmat tanggungjawab sosial. Antaranya, pada Disember 2017 yang lalu, KMSB telah melancarkan kursus Kawasaki Safety and Responsible Riding untuk para penunggang motosikal Kawasaki.

Selain itu, KMSB juga telah menganjurkan Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena Tahun Baru Cina. Kempen Keselamatan yang kali ketiga dianjurkan bersama Persatuan Pengedar Motosikal dan Skuter Malaysia (MMSDA) itu bertujuan untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya terutamanya pada musim perayaan.

Previous post

McLaren Menjanjikan Kereta Pengeluaran Yang Terpantas Mereka

Next post

Kia Sportage 2.0 EX Dilancarkan - RM129,888

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *