Sukan

Kemuncak Perlumbaan Vios Challenge Semakin Hampir

Penganjuran musim pertama Toyota GAZOO Racing (TGR) Festival akan sampai ke kemuncaknya dengan kejuaran bagi setiap kategori di dalam Vios Challenge masih lagi terbuka untuk direbut pada perlumbaan terakhir yang akan berlangsung di Taman Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Pusingan penentu yang akan berlangsung pada 24 dan 25 Mac ini bakal menyaksikan perlumbaan bagi ketiga-tiga kategori menjadi lebih sengit dan dramatik memandangkan pencarian juara siri berkenaan masih lagi berterusan.

“Keunikan perlumbaan yang menggunakan jentera yang sama dalam perlumbaan yang dianjurkan ini sangat jelas terlihat pada keputusan yang dicatatkan setakat ini. Pendatang baru, peserta persendirian dan pemandu profesional semuanya mempunyai peluang yang agak sama rata untuk muncul juara, sekaligus memberikan pengalaman perlumbaan yang berkualiti kepada peminat- peminat sukan permotoran di negara ini,” jelas Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K.

Persaingan di dalam kategori Sporting dan Super Sporting sangat dinanti, dengan barisan pemandu-pemandu yang mempamerkan kelayakan dan kesungguhan untuk menang. Selain itu, sebuah Toyota Vios yang juga ditawarkan sebagai hadiah bagi setiap kategori turut menjadi pemangkin.

Vios Challenge action

Pemandu muda berusia 19 tahun, Brendan Anthony yang tidak menyertai perlumbaan pertama di Batu Kawan, Pulau Pinang telah dapat mengumpul mata yang konsisten di dalam perlumbaan berikutnya dan kini berada hanya empat mata di belakang pendahulu kategori Sporting, Brendon Lim.

Pemandu rali, Kenneth Koh pula yang memperoleh laluan mudah ketika perlumbaan ketiga di Medini City, Johor pada Januari lalu telah meraih dua kedudukan podium dan mata yang berguna. Beliau kini hanya kurang 12 mata berbanding pendahulu yang mencatatkan 75 mata. Dengan 20 mata yang boleh diraih sekiranya menang, peluang Koh masih terbuka untuk merampas kemenangan daripada dua pemandu yang mendahului.

Bagi kategori Super Sporting pula, Tengku Djan yang mengalami beberapa insiden di dalam perlumbaan di Medini City, Johor mendahului dengan perbezaan tipis sebanyak empat mata mengatasi pesaing terdekatnya, William Ho.

Vios Challenge action 2

William juga turut bernasib baik ketika perlumbaan di Johor, yang membolehkannya meraih satu kemenangan dan juga tempat ketiga, kini berada ditempat kedua dengan 72 mata. Kedudukan ketiga kategori berkenaan kini disandang oleh pelumba dari M7 Racing Team, Syafiq Ali hanya ketinggalan 16 mata di belakang Tengku Djan.

Dalam kategori Promotional, Shawn Lee berjaya mendahului di dalam hampir setiap perlumbaan kecuali di MAEPS. Walaupun beliau sekiranya berada di kedudukan pertama setakat ini, keadaan boleh berubah sekiranya Shukri Yahaya yang hanya ketinggalan 18 mata dapat memintasnya di TPM.

Walaupun tidak lah begitu tertekan untuk membuktikan keupayaan mereka sebagai pelumba, barisan selebriti seperti Danny Koo, Diana Danielle, Fattah Amin, Geraldine Gan, Janna Nick, Shukri Yahaya dan Venice Min telah mempamerkan kesungguhan yang tinggi ketika di Johor. Sebarang kemungkinan boleh berlaku dan kedudukan Shawn di tempat pertama masih boleh dicabar oleh mereka.

Toyota Vios Challenge

Masuk adalah percuma ke acara kemuncak Festival Toyota GAZOO Racing ini. Terdapat banyak aktiviti, makanan, permainan dan hadiah disediakan sepanjang hujung minggu ia berlangsung.

Untuk mengetahui perkembangan lanjut Festival ini serta perlumbaan Vios Challenge, ikuti laman web, Facebook dan Instagram Toyota GAZOO Racing Malaysia dan UMW Toyota Motor.

Previous post

Waze Keluar Dari Jem Dengan Petron Cuti Sekolah Ini

Next post

Defender Ikonik Land Rover Masih Di Jual

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *