Cerita Auto

Kia Sportage 2.0 EX Dilancarkan – RM129,888

Naza Kia Malaysia telah melancarkan varian baharu Sportage yang dikenali sebagai 2.0 EX. Ia ditawarkan bersama varian GT Diesel AWD, manakala penjualan varian GT Petrol 2WD dan KX dihentikan.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Varian ini didatangkan dengan rim aloi 18 inci, sensor parkir depan dan belakang, sensor hujan dan cermin sisi automatik. Ciri kemudahan seperti kemasukan tanpa kunci, butang penghidup enjin, cermin pandang belakang ‘electrochromic’ dan sistem pendingin hawa dikekalkan. Sementara itu, sistem audio dengan skrin sentuh tujuh inci menggantikan unit lima inci yang terdapat pada varian sebelum ini.

Sportage 2.0 EX dikuasakan oleh enjin 2.0-liter Nu MPI yang menghasilkan 155 PS dan 192 Nm. Ia dipadankan dengan transmisi automatik enam kelajuan.

KIA-Sportage-ex2

Dari segi keselamatan, terdapat enam beg udara, ABS, Electronic Stability Control (ESC), Vehicle Stability Control (VSC) dan Hill-start Assist Control (HAC). Model ini diberi penarafan lima bintang daripada Euro NCAP.

Boleh didapati dalam warna Cherry Black, Mercury Blue, Fiery Red, Snow White Pearl dan Mineral Silver, Sportage 2.0 EX dijual pada harga RM129,888 dengan jaminan selama lima tahun tanpa had perbatuan.

 

Previous post

Kawasaki Serah Seunit Z650 Kepada UniMAP

Next post

Lamborghini Urus Terima Sambutan Luar Jangkaan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>