Cuba Try

Kita Cuba Try Mercedes C200 AMG

Sebelum saya cerita banyak, jangan risau. Yang ini tidaklah terlalu mahal.

Dalam ungkapan nama penuh kereta ini ada disebut AMG.

DSC03480

AMG yang ini adalah dari segi styling ya. Luar dan dalam ada sentuhan AMG.

DSC03484

Harga tidak jauh dari harga C200 yang lain. Hanya RM254,888.00

DSC03487

AMG. Singkatan yang paling sporti siap dengan reka bentuk dinamik.

DSC03495

Varian AMG ini datang  dengan gaya AMG yang tersendiri dan ianya top form dari arah mana sekali pun pandangan anda.

DSC03510

Luaran varian AMG ini termasuk  bumper depan dan belakang yang nampak garang.

fullsizeoutput_defullsizeoutput_d6 fullsizeoutput_d7

Skirting tepinya pun lain sikit.

fullsizeoutput_d8

Rim alloy 5 spoke AMG 18 inci. Brek depannya lebih besar dengan disk rentas gerudi. Tunggangannya pun direndahkan sebanyak 15mm.

DSC03617

Kabinnya juga diberi sentuhan AMG dengan roda stereng yang sporti dimana bahagian bawahnya leper dan … ada paddle shifter.

fullsizeoutput_dbfullsizeoutput_dcfullsizeoutput_dd

Kerusinya digantikan dengan yang lebih sporty.

fullsizeoutput_da

Semua ini tambahan kepada ciri-ciri istimewa varian Avantgarde yang turut termasuk dengan AMG ini. 

DSC03606

Kuasa enjin M274 2.0 litre turbonya mencukupi menghasilkan 184 hp pada 5,500 rpm and tork sebanyak 300 Nm dari 1,200 ke 4,000 rpm. Gearboxnya 9-speed 9G-Tronic otomatik. Pikap sedap dan tidak lembab 0-100 km/j dalam 7.2 saat. Top speednya 237 km/j. Kegunaan minyak petrolnya dari 5.6 ke 6.1 liter setiap 100km.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Ramai rakan bertanya samada ianya masih berasa macam kereta orang tua? Oh tidak. Itu cerita lama. Mercedes zaman sekarang sudah setanding jika tidak lebih baik dari saingan terdekatnya.

Screen Shot 2018-03-08 at 6.56.10 PM

Screen Shot 2018-03-08 at 6.56.39 PM

Previous post

Mercedes-Benz Malaysia Dealer Of The Year - Meraikan Bintang Kecemerlangan Peniaga

Next post

Rom Akan Mengharamkan Penggunaan Kereta Diesel Dari Tahun 2024

Ross Hadi

Ross Hadi

14 tahun bikin burger, 21 tahun mengacara, 8 tahun borak kereta dan kini ... berkongsi sama!

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>