Cerita Auto

KOLEOS SIGNATURE: Varian Baharu Dalam Rangkaian SUV Segmen D RENAULT

TC Euro Cars (TCEC), pemegang francais tunggal kenderaan Renault di Malaysia hari mengumumkan bahawa Koleos Signature – varian pacuan dua roda (2WD) SUV segmen D Renault – kini sudah boleh didapati dan dibuka untuk tempahan di semua bilik pameran Renault di seluruh negara.

Sebagai sebahagian daripada rangkaian model premium Renault, Koleos telah difikirkan secara teliti demi memenuhi keperluan pelanggan di setiap benua. Sebagai sebuah SUV segmen D yang sebenar, Koleos mendapat manfaat daripada pengalaman dan kepakaran teknikal Renault selama 120 tahun. Ia menawarkan gabungan reka bentuk SUV yang mantap, gayaan tersendiri, kehalusan buatan dan keselesaan yang biasanya dikaitkan dengan kereta saloon bersaiz besar.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Varian baharu Koleos Signature merupakan tawaran langsung dalam rangkaian SUV bersaiz besar Renault di Malaysia yang kini terdiri daripada Koleos 2WD dan 4WD.

Hadir dengan aspek ketersambungan yang telah dipertingkatkan, Koleos Signature dilengkapi ciri replikasi telefon pintar baharu menerusi sistem multimedia R-LINK 2 yang sesuai dengan Apple CarPlay™ dan Android Auto™.

Fungsi ini diintegrasikan ke dalam paparan skrin sentuh yang membolehkan maklumat dipindahkan dari satu paparan ke paparan lain dengan mudah. Butang kawalan pada stereng memudahkan pemandu untuk memberi arahan suara apabila mengakses pelbagai aplikasi yang sesuai digunakan ketika memandu. Antaranya membuat panggilan, menghantar mesej dan muzik.

???????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????

Untuk memberi lebih kemudahan, Koleos Signature didatangkan dengan pintu belakang kuasa bebas tangan yang ada ditawarkan pada varian 4WD. Pintu belakang kuasa itu boleh dikawal dengan mudah melalui butang di dalam kenderaan, pada pintu berkenaan dan kunci pintar Renault Smart Keycard.

Walaupun ketika tangan anda penuh dengan barang dan kad kunci berada di dalam poket atau beg tangan, but masih boleh dibuka. Cuma gerakkan kaki di bawah bampar belakang. Tahap ketinggian juga boleh diprogram mengikut keperluan individu. Koleos Signature hadir dengan aspek kehalusan buatan dan gayaan tambahan. Bumbung suria panoramik nyata memberi sentuhan lebih premium dan meningkatkan ambien kabin. Manakala upholsteri kulit berwarna coklat yang premium itu membuatkan ruang dalaman semakin elegan.

Koleos Signature dikuasakan oleh enjin petrol bersesaran 2.5 liter yang dipadankan dengan transmisi automatik X-Tronic CVT jelas meningkatkan prestasi, keseronokan memandu dan mengoptimumkan penggunaan bahan api. Enjin yang efisien ini mampu menjana kuasa maksimum 171PS dan tork puncak 226Nm. Ia juga cukup responsif pada kelajuan enjin rendah dan sederhana.

Varian baharu Renault Koleos Signature ditawarkan pada harga RM198,800 (di atas jalan termasuk GST, tanpa insurans untuk pendaftaran peribadi di Semenanjung Malaysia). Pilihan
warna termasuklah: merah (Marron Red), putih (Universal White), biru (Meissen Blue), kelabu metalik (Grey Metallic) dan hitam metalik (Black Metallic).

“Koleos terus berjaya di peringkat global dan diterima baik di Malaysia. Menerusi pengenalan varian baharu Koleos Signature ini, kami percaya dapat menawarkan lebih banyak fungsi dan ciri yang menambah nilai kepada kehidupan pelanggan kami. Ini termasuklah Bumbung Suria Panoramik Elektrik, Pintu Belakang Kuasa Bebas Tangan, serta aplikasi Android Auto dan Apple Carplay. Di samping rangkaian ciri mengagumkan yang sudah sedia ada,” kata Ketua Pegawai Eksekutif TC Euro Cars Sdn. Bhd., Kuan Kim Luen.

“Kami percaya trend SUV akan terus berkembang pada masa depan. Sebab itulah Koleos menjadi model utama kami dan komponen penting dalam rangkaian model Renault di
Malaysia,” katanya lagi.

Koleos Signature akan dipamerkan di semua bilik pameran Renault di seluruh negara mulai hari ini. Ia akan dipamerkan sebagai sebahagian daripada pameran Renault pada acara Malaysia Autoshow 2018 yang berlangsung pada 26 hingga 29 April 2018.

Keupayaan sebuah SUV dengan keluasan ruang dan keselesaan yang tiada tandingan

Keupayaan SUV Koleos dibuktikan menerusi garis-garis luarannya yang penuh kuasa dan atletik, rim aloi bersaiz 18 inci serta posisi pemanduan yang dinaikkan sebanyak 150mm berbanding sedan tradisional sememangnya dihargai oleh para pembeli SUV. Rekaan papan pemuka yang lebar dan tinggi memberikan rasa selamat. Sementara jarak kelegaan tanah yang tinggi, sudut mendekat dan bukaan pintu antara yang paling lebar dalam segmennya (70 darjah di hadapan dan 77 darjah untuk pintu belakang).

Tumpuan teliti diberikan ke atas kualiti material yang dipilih untuk kegunaan kabin. Ia memastikan Renault Koleos dapat menawarkan keselesaan terbaik kepada pemandu dan penumpang. Antaranya termasuklah:

 Ruang dalaman yang luas dengan jarak roda paling panjang dalam kelasnya
 Tempat duduk hadapan adalah antara yang paling besar dan selesa dalam
segmennya
 Ruang penumpang belakang antara yang terbaik dalam kelasnya dengan ruang lutut
289mm. Selain ruang kepala, bahu dan siku yang luas
 But seluas 542 liter menampilkan rekaan lantai boleh alih pintar yang diposisikan
sama tinggi untuk membentuk lantai yang rata
 Sistem Easy Break di mana hendal diletakkan pada but yang membolehkan tempat
duduk belakang dilipat pantas dengan konfigurasi 60/40, menawarkan kapasiti
mengangkut barang sehingga 1,690 liter
 Storan tambahan di seluruh kabin Renault Koleos sebanyak 35 liter, termasuklah 11
liter dalam glove box dan tujuh liter tempat meletak minuman di konsol tengah
 Penggunaan material yang menarik dan kalis calar seperti krom kemasan satin yang
bergaya pada bahagian stereng, tuil gear dan corong pendingin hawa
 Konsol tengah dibalut dengan filem perlindungan yang keras dan sedap dipegang
 Material lembut yang dipasang pada papan pemuka dan panel pintu juga
menyumbang kepada ambien kabin yang menenangkan
 Keselesaan ketika dalam perjalanan dipertingkatkan lagi dengan lampu kabin LED
yang boleh diubah suai, bersama palet warna hijau, biru, kuning, merah atau violet,
bergantung kepada mood pemandu serta penumpang

?????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????

Standard keselamatan yang tiada tandingan

Koleos memanfaatkan pengalaman luas Renault dalam aspek keselamatan pasif. Ia telah lulus protokol ujian Euro NCAP 2016 yang baru dengan skor cemerlang 90 peratus untuk perlindungan penumpang dewasa, 70 peratus untuk kanak-kanak, 62 peratus untuk pejalan kaki dan 75 peratus bagi bantuan keselamatan.

Sama seperti varian 2WD dan 4WD, Koleos Signature dilengkapi pelbagai ciri keselamatan pasif dan aktif seperti:

 Penggunaan besi dengan had regangan yang sangat tinggi pada kerangka enjin dan
besi kukuh untuk sel penumpang bagi melindungi kabin sekiranya berlaku
kemalangan yang serius
 Dua beg udara hadapan adaptif yang berfungsi berdasarkan kepada jenis impak dan
posisi penumpang di dalam kenderaan
 Dua beg udara thoraks/bahu untuk penumpang hadapan
 Dua beg udara jenis curtain
 Perehat kepala anti-whiplash
 Tempat duduk hadapan anti-gelongsor
 Cagak tempat duduk keselamatan ISOFIX untuk i-Size pada kerusi belakang
 Semua tali pinggang keledar dilengkapi ciri pra-regangan dan pengehad beban
 Sistem amaran titik buta
 Electronic Stability Programme (ESP) dengan Traction Control generasi terkini
 Emergency Brake Assist (EBA) dan Electronic Brake Force Distribution (EBD)
 Hill Start Assist (HAS)
 Kamera undur
 Alat pengesan parkir pada bahagian hadapan, belakang dan sisi

Ketersambungan dan kemudahan yang telah dipertingkatkan

Sebagai tambahan kepada kebolehpadanan dengan aplikasi Apple CarPlay dan Android Auto, Koleos Signature hadir bersama satu rangkaian peralatan standard yang lengkap untuk aspek ketersambungan serta kemudahan luar biasa menerusi sistem multimedia R-LINK 2.

Tablet ini boleh didapati pada rangkaian model lebih mewah. Ia mengkoordinasikan kebanyakan fungsi kenderaan seperti hiburan, navigasi, telefon bebas tangan, radio dan sistem bantuan pemandu, terima kasih kepada ciri-ciri berikut:

 Format skrin potret bersaiz 8.7 inci, diintegrasikan dengan kemas ke dalam reka
bentuk papan pemuka
 Fungsi skrin sentuh kapasitif yang sama seperti tablet peribadi (zoom menggunakan
dua jari, tatalan halaman, dll)
 Paparan navigasi yang realistik dengan gambaran bangunan 3D
 Pilihan ketersambungan dan pengecasan termasuklah Bluetooth ® untuk kegunaan
telefon bebas tangan serta penstriman audio, satu port USB, satu soket jack 3.5mm,
satu port kuasa 12V dan satu slot kad SD
 Pengecaman suara untuk penggunaan telefon
 Empat laman yang boleh diubah suai dengan widget untuk akses pantas kepada
fungsi paling kerap digunakan

Berfungsi bersama tablet R-LINK 2, data-data penting pemanduan seperti kelajuan, pecutan enjin, penggunaan bahan api dan arahan navigasi dipaparlan pada skrin TFT berwarna bersaiz 7 inci yang diletakkan di belakang stereng, selari dengan pandangan mata pemandu. Sama seperti semua kenderaan Renault, Koleos didatangkan dengan jaminan pengilang selama lima tahun tanpa had perbatuan. Jaminan ini disokong sepenuhnya oleh Renault dan bukan oleh mana-mana syarikat insurans. Ini bermakna, terma dan syarat, serta alat ganti adalah konsisten mulai tahun pertama pemilikan sehinggalah tempoh jaminan tamat. Untuk maklumat lanjut mengenai Koleos, varian Koleos Signature dan Renault, sila layari laman web www.renault.com.my atau www.facebook.com/RenaultMalaysia.

????????????????????????????????????

Previous post

Kenapalah Toyota RAV4 Yang Terbukti Popular Tidak Akan Dibawa Masuk!

Next post

Peluang Untuk Bawa Pulang Renault Captur Edisi EMEL

Ross Hadi

Ross Hadi

14 tahun bikin burger, 21 tahun mengacara, 8 tahun borak kereta dan kini ... berkongsi sama!

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>