Berita Auto

Lebih Ramai Pengedar Proton Menaik Taraf Pusat Servis

Sebuah majlis menandatangani perjanjian bagi menaik taraf cawangan pengedar telah diadakan baru-baru ini di Pusat Kecemerlangan Proton. Selepas perjanjian dua kumpulan pengedar pada Disember 2017 dan Januari 2018, sejumlah 10 pengedar lagi telah bersetuju untuk menaik taraf cawangan masing-masing kepada 3S dan 4S.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr. Li Chunrong dan Yohan Mokhtar, Pengarah Projek Khas Proton hadir di majlis ini untuk menandatangani perjanjian tersebut bagi pihak Proton.

Proton sedang menggalakkan pengedarnya menaiktaraf cawangan kepada 3S dan 4S bagi menyediakan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan dan memastikan pelanggan mendapat pengalaman jualan dan perkhidmatan yang terbaik apabila mereka mengunjungi cawangan Proton.

“Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, kami melihat lebih banyak pengedar yang turut serta untuk bersetuju menaiktaraf cawangan mereka. Tentunya ini memberi makna yang positif, bahawa Proton adalah jenama yang baik untuk pelaburan – jenama yang berpotensi,” kata Dr. Li.

 

Previous post

Porsche Panamera Sport Turismo Masuk Pasaran Malaysia

Next post

Contix Asia Lancar Minyak Enjin Unixx Di Malaysia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *