Berita Auto

McLaren 570GT Black Collection Menawan

Bak kata orang, hitam itu menawan. Itulah yang boleh diperkatakan tentang rekaan terbaru McLaren Special Operations (MSO) yang dikenali sebagai 570GT Black Collection. Model ini terhad kepada 100 unit sahaja dan setiap satu dijual pada harga £179,950 (RM990,813).

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Berbeza dengan model-model MSO lain yang didatangkan dalam pelbagai warna meriah, model ini menampilkan warna Carbon Black pada keseluruhan badannya. Ia memakai rim dalam kemasan Black Diamond serta tayar Pirelli P Zero Corsa.

mclaren-570gt-mso-black-collection (2)

Bahagian kabin Black Collection menampilkan kulit Jet Black yang dipadankan dengan kemasan Alcantara berwarna pada panel instrument, stereng dan keliling pembesar suara. MSO turut menawarkan bumbung panoramik ‘electrochromic’ dengan lima tahap kegelapan berbeza. Ciri ini boleh didapati secara pilihan pada harga £4,750 (RM26,153).

mclaren-570gt-mso-black-collection (3)

Bagi aspek teknikal, 570GT Black Collection didatangkan dengan sistem ekzos titanium dan cakera brek karbon seramik yang ditemani angkup berwarna hitam. Tiada perubahan pada enjin, bermakna ia mengekalkan unit 3.8 liter V8 twin-turbo dengan 562 hp dan 600 Nm seperti yang ada pada versi standard.

mclaren-570gt-mso-black-collection (4)

Previous post

Volkswagen Jadi Penaja Kenderaan Rasmi Acara Le Tour De Langkawi 2018

Next post

Mercedes-Benz dan Cycle & Carriage Buka Pusat Kenderaan Komersial 3S di Gopeng

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *