Berita Auto

Mercedes-Benz dan Cycle & Carriage Buka Pusat Kenderaan Komersial 3S di Gopeng

Mercedes-Benz Malaysia Commercial Vehicles (MBM CV) dan Cycle & Carriage Bintang Berhad (CCB) telah melancarkan pembukaan pusat kenderaan komersial baharu di Gopeng Perak.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Ia merupakan pusat pengedar milik CCB yang ke-13 di negara dan dibuka sempena penglibatan syarikat tersebut dalam penjualan trak Fuso. Sebelum ini, CCB hanya menyediakan perkhidmatan selepas jualan bagi jenama kenderaan komersial tersebut.

DSC01923-Pano

Dibangunkan dengan pelaburan berjumlah RM1.1 juta, pusat 3S berkeluasan 13,412 kaki persegi ini dikendalikan oleh kakitangan terlatih dalam bidang jualan, selepas jualan dan alat ganti bagi kenderaan Mercedes-Benz dan Fuso.

CC-6020

Selain ruang menunggu pelanggan, ia juga dilengkapi dengan bilik pameran dengan konsep kanopi terbuka yang mampu memuatkan sehingga lapan kenderaan komersial dan empat ruang servis berserta ruang membaiki enjin khas. Pusat ini mempunyai kapasiti servis sehingga 43 buah kenderaan Mercedes-Benz dan Fuso sebulan.

CCB-8024b

Pusat kenderaan komersial Cycle & Carriage ini beralamat di 23 (Lot 213087) Jalan Industri 3/1, Kawasan Perindustrian Gopeng, 31600 Gopeng, Perak Darul Ridzuan.

Previous post

McLaren 570GT Black Collection Menawan

Next post

Ini Ahli Keluarga I.D.Terkini Volkswagen: I.D. R Pikes Peak

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *