Berita Auto

Mercedes-Benz Malaysia Dealer Of The Year – Meraikan Bintang Kecemerlangan Peniaga

Kecemerlangan automotif bukan saja setakat kenderaan, ia merangkumi keseluruhan pengalaman pelanggan. Dengan itu, Mercedes-Benz Malaysia baru-baru ini menganjurkan anugerah Dealer of the Year yang pertama yang bertujuan untuk mengenal pasti yang terbaik di kalangan 33 pengedar berdedikasi di seluruh negara, mengiktiraf kecemerlangan dalam lima ukuran prestasi utama pada 2017.

Meraikan bintang kecemerlangan pengedaran premium dengan malam gala di Rasa Sayang Resort & Spa Shangri-La, Pulau Pinang, Mercedes-Benz Malaysia mempersembahkan enam anugerah yaitu Prestasi Terbaik Perkhidmatan Kewangan, Prestasi Terbaik Kecemerlangan Perniagaan, Prestasi Terbaik Selepas Jualan, Prestasi Terbaik Jualan, Prestasi Terbaik Indeks Kepuasan Pelanggan (CSI) dan Indeks Kesetiaan Pelanggan (CLI), dan penghargaan tertinggi – Dealer Of The Year 2017.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Asbenz Motors Sdn Bhd telah berjaya memenangi Prestasi Terbaik Jualan, manakala Cycle & Carriage Bintang Bhd (Johor Bahru) memenangi Prestasi Terbaik Selepas Jualan. Prestasi Terbaik CSI dan CLI dianugerahkan kepada Cycle & Carriage Bintang (Northern) Sdn Bhd (Juru & Bukit Tengah), dan Hap Seng Star Sdn Bhd (Kinrara) memperoleh Prestasi Terbaik Kecemerlangan Perniagaan. Hap Seng Star Sdn Bhd (Jalan Ipoh) meraih anugerah untuk Prestasi Terbaik Perkhidmatan Kewangan.

Anugerah utama, Mercedes-Benz Malaysia Dealer of the Year 2017, pergi kepada pengedar Hap Seng Star Sdn Bhd Balakong – mencapai skor tertinggi keseluruhan dalam semua aspek jualan, jualan selepas, indeks kepuasan pelanggan, indeks kesetiaan pelanggan, kecemerlangan perniagaan dan perkhidmatan kewangan.

Sehingga kini, Mercedes-Benz Malaysia mempunyai 33 pengedar berdedikasi di seluruh negara yang menyampaikan produk terbaik dan pengalaman pelanggan terbaik sepanjang perjalanan keseluruhan pelanggan, mengekalkan Mercedes-Benz Malaysia sebagai rangkaian peniaga automotif premium terbesar di negara ini.

 

Previous post

Hyundai Ioniq Dan Accent Dianugerahkan Kepujian Pilihan Editor Car And Driver

Next post

Kita Cuba Try Mercedes C200 AMG

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *