Cuba Try

Pandu Uji: Hyundai Tucson 1.6 T-GDI

Seperti yang anda mungkin sudah sedia maklum, pasaran SUV saiz pertengahan di negara ini semakin berkembang dan ini dapat dilihat bukan sahaja melalui jumlah jualan dan bahagian pasaran, malah menerusi lambakan produk dengan teknologi dan kelengkapan terkini demi memenuhi permintaan pelanggan.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Bercakap tentang teknologi, ada di antara pengeluar utama yang telah mula memperkenalkan varian turbo ke dalam barisan SUV mereka sebagai salah satu ciri utama. Salah satu daripadanya adalah Hyundai yang telah melancarkan Tucson 1.6 Turbo pada pertengahan tahun lalu.

Hyundai Tucson 1.6 Turbo 11

Dijual pada harga RM145,688, varian turbo petrol ini diposisikan sebagai varian kedua tertinggi dalam barisan Tucson di belakang varian 2.0 CRDi yang berharga RM155,788. Walaupun begitu, kedua-dua varian ini mempunyai senarai kelengkapan yang sama.

Hyundai Tucson 1.6 Turbo 06

Ini termasuk lampu hadapan LED dengan teknologi Static Bending Lights, lampu nyalaan siang LED, dan rim 17 inci dalam kemasan ‘gun metal’ yang boleh dinaik taraf kepada 19 inci dengan sedikit tambahan kos. Bahagian kabin juga tidak banyak berbeza dengan upholsteri kulit berserta jahitan merah, roda stereng pelbagai fungsi, brek parkir elektronik dan skrin sentuh berukuran 8 inci.

Hyundai Tucson 1.6 Turbo 12

Anda juga mendapat pelbagai ciri kemudahan seperti fungsi laras lapan cara pada tempat duduk pemandu, corong penyaman udara belakang dan sistem Smart Tailgate yang membolehkan anda membuka pintu but tanpa mengeluarkan kunci dari dalam poket. Sangat berguna jika anda ingin menyimpan atau mengambil barang dari dalam but.

Hyundai Tucson 1.6 Turbo 20

Ciri keselamatan juga sama iaitu enam beg udara, ABS, EBD, BA, Hill Start Assist, Hill Descent Control dan cagak Isofix. Pendek kata, untuk harga yang lebih rendah, anda mendapat apa sahaja kelengkapan yang ada pada varian tertinggi.

Hyundai Tucson 1.6 Turbo 21

Di bawah penutup hud tersimpan enjin 1.6-liter T-GDI yang menghamburkan 177 PS pada 5,500 rpm dan 265 Nm dari 1,500 hingga 4,500 rpm. Pada dasarnya ia adalah enjin sama yang digunakan pada model Elantra Sport, namun sedan itu mempunyai pengecas turbo ‘twin scroll’ manakala Tucson menggunakan pengecas turbo ‘single scroll’.

Hyundai Tucson 1.6 Turbo 18

Ini tidak bermakna ia tidak berkuasa. Dipadankan dengan transmisi dwi klac tujuh kelajuan, enjin tersebut membuktikan keupayaannya untuk memacu SUV ini dengan bekalan tork yang konsisten. Ia juga bertindak balas kepada input pendikit dengan baik walaupun kehadiran ‘turbo lag’ masih boleh dirasai.

Hyundai Tucson 1.6 Turbo 22

Sudah tentu, jika anda mahukan lebih prestasi, tekan sahaja butang mod pemanduan berdekatan dengan tombol gear dan pilih mod Sport. Ia bagaikan suntikan adrenalin untuk enjin dan sangat sesuai digunakan untuk memotong. Mod Eco turut disediakan untuk pemanduan yang lebih menjimatkan.

Hyundai Tucson 1.6 Turbo 13

Tucson memiliki pemanduan dan pengendalian yang cukup selesa, terutamanya untuk perjalanan jauh. Tempat duduknya tidak terlalu lembut dan terlalu keras dan ruang kabin juga cukup luas untuk memuatkan sehingga lima penumpang dengan selesa. Ditambah dengan ruang simpanan yang banyak dan ruang but sebesar 488 liter, SUV ini adalah pilihan yang tepat untuk mereka yang berkeluarga.

Hyundai Tucson 1.6 Turbo 03

Beralih ke aspek pengedalian, Tucson dilihat mampu menjalankan tugasnya dengan baik. Stereng tidak terasa terlalu ringan dan ‘kosong’, manakala badannya mempunyai keseimbangan yang baik walaupun ketika dipandu laju di selekoh. Ia tidak mempunyai dinamik seperti sebuah ‘hot hatch’ contohnya, namun Tucson mampu membuatkan pemanduan terasa lebih seronok dan mudah.

Hyundai Tucson 1.6 Turbo 25

Secara keseluruhannya, Tucson 1.6 Turbo adalah SUV boleh dikatakan berbaloi untuk dimiliki dengan kuasa dan aspek pemanduan yang memuaskan serta senarai ciri-ciri yang lengkap. Namun, ia mempunyai satu kekurangan yang agak ketara iaitu rekaan yang mula menampakkan usia jika dibandingkan dengan pesaing-pesaing SUV lain yang dilancarkan pada tahun lalu.

 

Spesifikasi Hyundai Tucson 1.6 T-GDI
Enjin: pengecas turbo, empat silinder
Kapasiti: 1,591 cc
Kuasa: 177 PS @ 5,500 rpm
Tork: 265 Nm @ 1,500 – 4,500 rpm
Transmisi: dwi klac automatik 7 kelajuan
0-100 km/j: -
Kelajuan maksimum: -
Harga: RM145,588

Previous post

Mitsubishi Tawar Bonus Tunai Sehingga RM17,000 untuk Model Terpilih

Next post

Jangan Lupa Parti Hujung Minggu Renault Esok!

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>