Gaya Hidup

Peluang Untuk Bawa Pulang Renault Captur Edisi EMEL

TC Euro Cars, pengedar rasmi kenderaan Renault di Malaysia, telah mengumumkan Colourfulraya Contest 2018 yang dianjurkan bersama label fesyen tempatan iaitu EMEL.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Hadiah utama bagi pertandingan ini merupakan sebuah Renault Captur edisi EMEL yang menampilkan grafik renda Chantilly bersempena dengan tema koleksi Hari Raya EMEL 2018. Selain itu, peserta juga berpeluang untuk memenangi 300 hadiah lain dari Panasonic Beauty dan 100 helai baju raya rekaan EMEL.

Peraduan ini terbuka kepada orang ramai berumur 18 tahun ke atas dan berlangsung dari 29 Mac hingga 15 Mei 2018. Untuk menyertai, peserta boleh pergi ke www.colourfulraya.com atau berkunjung ke Avenue K, Melawati Mall dan Parkson (Pavilion , KLCC dan Bangi) dan mengimbas kod QR yang berkaitan untuk mengisi borang peraduan dalam talian.

EMEL_Captur Grand Prize_Ivory_2_lores

Sebagai alternatif, peserta juga boleh mengakses pautan ke pertandingan melalui ZALORA.com.my, FASHIONVALET.com dan EMEL.my. Tiada pembelian diperlukan untuk penyertaan.

Pemenang akan ditentukan menerusi cabutan mingguan. Akan ada enam cabutan, dengan 66 hadiah untuk dimenangi setiap minggu. Undian akhir akan berlangsung pada 16 Mei dan upacara penyampaian hadiah adalah pada 25 Mei 2018.

Previous post

KOLEOS SIGNATURE: Varian Baharu Dalam Rangkaian SUV Segmen D RENAULT

Next post

Jaguar F-Pace SVR Tiba Dengan 550 PS, 680 Nm

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>