Cerita Auto

Polestar 1 Sudahpun Mempunyai 6,000 Pelanggan Sedia Ada

Polestar 1 adalah model yang lebih popular daripada  yang dijangkakan Polestar. Jenama prestasi baharu Volvo pada mulanya merancang untuk menghasilkan hanya terhad kepada 1,500 unit, tersebar kepada 500 unit setahun.

Tetapi, dengan permintaan pengguna yang melambung, Polestar kini mempertimbangkan untuk meningkatkan bekalan kereta itu sekurang-kurangnya untuk menampung permintaan yang semakin meningkat. Dalam pada itu, Polestar dijadualkan untuk mengambil USD3,000 deposit untuk sedan itu minggu depan.

Permintaan yang semakin meningkat untuk Polestar 1 tidak mengejutkan. Ramai telah berbicara tentangnya sejak ada desas desus yang Volvo akan membangunkan model seperti itu. Itu sejak dari 2013 lagi apabila pembuat kereta Sweden berkongsi Konsep Coupe tahun itu.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Sejak itu, Volvo memutuskan untuk memisahkan Polestar darinya dan meningkatkannya sebagai jenama prestasi yang unik, dan membantu membangunkan Polestar 1 yang semua orang nampaknya sudah jatuh hati.

Previous post

Yamaha XMax 250 Masuki Pasaran Malaysia - RM22,498

Next post

Benarkah Li Shufu Hendak Beli BMW?

Ross Hadi

Ross Hadi

14 tahun bikin burger, 21 tahun mengacara, 8 tahun borak kereta dan kini ... berkongsi sama!

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>