Berita Auto

Porsche Cayenne E-Hybrid Akan Tiba Tidak Lama Lagi

Tahun lalu, Porsche memperkenalkan model Cayenne baharu yang dibarisi varian asas dan S dengan enjin V6 dan varian turbo yang dikuasakan oleh enjin  V8. Barisan itu bakal diperkembangkan lagi tahun ini dengan satu lagi varian iaitu E-Hybrid.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Menurut pengeluar itu, Cayenne E-Hybrid kini berada dalam fasa ujian terakhir yang bertempat di Johannesburg, Afrika Selatan, di mana ia dipandu di kawasan gunung-ganang pada altitud melebihi 3,000 meter dan jalan-jalan di kawasan bandar yang penuh sesak. SUV itu sebelum ini telah melalui ujian cuaca sejuk dan panas yang ekstrem di Canada dan Dubai.

2019-porsche-cayenne-e-hybrid-teaser (1)

Porsche masih belum mendedahkan aspek teknikal bagi model terbarunya ini, namun ia dijangkakan menggunakan gabungan enjin 2.9-liter V6 dan motor elektrik dengan 462 hp dan 700 Nm yang sama seperti Panamera 4 E-Hybrid.

2019-porsche-cayenne-e-hybrid-teaser (3)

Selaini tu, versi yang lebih berkuasa iaitu Cayenne Turbo S E-Hybrid akan turut diperkenalkan. Ia menggunakan enjin 4.0-liter V8 dan motor elektrik yang menghasilkan 680 hp dan 850 Nm. Porsche berkemungkinan besar akan menggunakan model ini untuk merampas gelaran SUV terpantas di Nurburgring yang kini dipegang oleh Alfa Romeo Stelvio Quadrifoglio dengan catatan masa 7 minit 51.7 saat.

2019-porsche-cayenne-e-hybrid-teaser (2)

Previous post

World Car Of The Year 2018 ... Pastinya Sebuah SUV

Next post

Kereta Klasik Terbaik Di Bandar Ipoh

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *