Bisnes

Proton Memberikan Tumpuan Kepada Kualiti dan Inisiatif Jualan

Februari 2018 merupakan bulan yang sibuk bagi Proton yang menumpukan pada aktiviti untuk hasil yang lebih baik pada tahun ini. Meskipun terdapat cuti sempena perayaan Tahun Baru Cina, inisiatif-inisiatif bagi jualan, pemasaran dan penambahbaikan kualiti tetap dilaksanakan seperti yang dirancang di samping menjalankan ujian terhadap SUV dan model pertama yang dibangunkan bersama Geely, untuk pelancaran pada suku keempat. Inisiatif-inisiatif ini diteruskan pada bulan Mac, dengan model-model dan tumpuan tertentu yang telah dirancang untuk penambahbaikan.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Lingkungan antarabangsa

Di peringkat antarabangsa, Pengerusi Zhejiang Geely Holding Group, Li Shufu, mengumumkan yang beliau telah memperoleh 9.69% pegangan dalam syarikat Jerman, Daimler, justeru menjadikannya pemegang saham tunggal terbesar bagi Mercedes-Benz dan trak Daimler. Proton mampu berkongsi kelebihan bersama melalui rakan niaganya, Geely yang kini memiliki 49.9% daripada jumlah saham daripada pembuat kereta nasional itu.

Geely-chairman-620x350

Peningkatan kualiti secara berterusan

Apabila kerjasama bersama Geely diumumkan, Proton telah menjalani program peningkatan kualiti bersama rakan niaganya melalui sistem penilaian yang berdasarkan kriteria pemarkahan global Volvo. Pada Disember 2017, audit kualiti telah dilakukan oleh Geely dan ianya menunjukkan peningkatan tiga kali ganda, yang merupakan bukti keberkesanan kerjasama yang sedang berjalan di antara kedua-dua syarikat itu. Penambahbaikan lebih lanjut secara berperingkat akan diperkenalkan dengan audit seterusnya yang dijadualkan pada bulan Mac 2018, Proton yakin dapat mencapai peningkatan skor auditnya. Penambahbaikan ini adalah penting sebagai persiapan yang sedang dilakukan bagi pelancaran SUV pertamanya yang dijadualkan pada penghujung 2018.

Tumpuan pada model Iriz

Bagi Februari 2018, Proton telah mencapai jualan yang bersamaan 9.6% daripada pegangan keseluruhan pasaran automotif Malaysia. Majoriti jualan dihasilkan melalui model Saga, Persona, Exora dan juga Iriz yang terus menarik minat pelanggan melalui reka bentuk, teknologi dan kelebihan nilainya.

???????????????????????????????????????????????

Pada Mac 2018, kempen Proton iaitu ‘My Style, My Drive’ akan bermula dan boleh didapati di cawangan jualan di seluruh negara dan untuk bulan ini, kempen ini akan menumpukan kepada Proton Iriz. Pelanggan dijemput untuk memandu uji model kompak yang telah memenangi anugerah ini untuk merasai sendiri ciri-ciri baharu yang telah diperkenalkan dalam model yang dipertingkat pada 2017.

Pada masa yang sama, kakitangan Proton juga akan bertemu dengan para pelanggan untuk memberi penerangan mengenai cara terbaik menggunakan pelbagai ciri pintar kereta ini. Berkunjunglah ke bilik-bilik pameran Proton yang turut dilengkapi sudut keselamatan untuk memahami aspek-aspek keselamatan bagi model hatchback ini yang telah mendapat penarafan 5 bintang oleh ASEAN NCAP.

Irizistible

Previous post

BMW Malaysia Buka Tempahan Untuk X2

Next post

Hati-hati Dengan Pihak Menyamar Sebagai Wakil Jualan Perodua

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *