Berita Auto

Toyota Alphard dan Vellfire Dipertingkat Untuk 2018

Sejak diimport dan diedarkan di Malaysia secara rasmi oleh UMW Toyota Motor pada 2014, Alphard dan Vellfire menerima permintaan menggalakkan daripada pelanggan yang inginkan sebuah MPV mewah buatan Jepun. Setakat ini, lebih daripada 3,000 unit model-model berkenaan telah terjual, menyumbang kepada 50% daripada pasaran MPV premium tempatan.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Bagi model tahun 2018, kedua-dua model berkenaan menerima peningkatan dan penambahbaikan bagi memberi lebih nilai kepada pelanggan. Spesifikasi terkini termasuk enjin serta transmisi yang baru hanya boleh didapati daripada pengedar rasmi Toyota sahaja.

Alphard

Seperti sebelumnya, Alphard ditawarkan dalam dua varian — Alphard 3.5 Executive Lounge dan Alphard 3.5. Kedua-dua varian kini dilengkapi enjin baru 2GR-FKS 3.5 liter V6 yang dipadankan dengan transmisi automatik lapan-kelajuan kawalan elektronik.

2

Bagi model terbaru ini, imej dinamik dan formalnya menerima sentuhan baru. Bahagian tengah gril kini lebih ke hadapan, manakala pada bahagian sisi, rekaan lampu utama projektor yang digunakan turut menyumbang kepada rupa baru ini. Unit lampu bahagian bawah menampilkan pencahayaan panduan sementara lampu isyarat pula kini didatangkan dengan ciri cahaya berturutan (sequential).

Alphard 2018 menggunakan rim aluminium aloi 18-inci dengan rekaan dan penggayaan baru yang lebih sporty. Pelanggan boleh memilih daripada lima warna luaran berbeza, yang terdiri dari satu warna baru — Graphite Metallic. Empat warna sedia ada yang ditawarkan ialah Luxury White Pearl CS, Burning Black CS, White Pearl CS dan hitam.

6

Bahagian dalamnya turut menerima sentuhan kemewahan yang lebih pelbagai. Sebagai contoh, bahagian perehat lengannya kini menggunakan material kulit sintetik dengan jahitan untuk memberikan rasa sentuhan yang lebih eksklusif. Ia menggantikan material plastik lembut yang digunakan bagi model tahun 2017.

Bagi varian Alphard 3.5 Executive Lounge, kawasan dengan kemasan jahitan silang kini lebih luas di tempat duduk belakang. Rekaannya juga telah diubah kepada tema menegak untuk nampak lebih moden. Kemasan pada perehat lengan di tempat duduk barisan kedua juga telah diubah agar lebih sepadan dengan kemasan ruang kabin. Ruang dalaman bagi varian Executive Lounge dilengkapi dengan material kulit campuran sementara Alphard 3.5 menggunakan material kulit berkualiti tinggi. Kemasan corak kayu yang digunakan juga menerima pembaharuan agar lebih segar dengan imej baru.

7

Seperti yang dijangkakan pada sebuah MPV mewah, tempat duduknya menawarkan keselesaan optimum dengan operasi kuasa elektrik di barisan pertama dan kedua. Untuk memberikan lebih keselesaan, ia kini dilengkapi dengan ciri pendingin hawa (bagi Alphard Executive Lounge) yang menyalurkan udara dingin dari bahagian kusyen dan penyandar. Varian Executive Lounge dilengkapi dengan kerusi VIP saiz besar, manakala Alphard 3.5 hadir dengan kerusi Kapten; kedua-duanya dengan perehat kaki untuk keselesaan perjalanan jauh.

Lagi tambahan ciri-ciri baru bagi model tahun 2018 ini ialah pad pengecas tanpa wayar bagi peranti dengan sistem Qi, serta Digital Full Display Mirror yang memberikan pandangan yang lebih luas dan jelas. Selain pantulan permukaan biasa, cermin berteknologi tinggi ini turut memaparkan imej dari kamera yang terletak di belakang kenderaan. Dengan ini, penglihatan yang lebih jelas diperoleh, tanpa mengira keadaan cuaca semasa atau siang-malam.

Print

Tahun ini, antara ciri baru yang melengkapi model berkenaan ialah Blind Spot Monitoring System untuk memaklumkan pemandu sekiranya ada kenderaan di titik buta melalui paparan ikon pada cermin sisinya. Rear Cross Traffic Alert (RCTA) membantu pemandu untuk memerhati keadaan di belakang dan sisi kenderaan ketika ingin keluar dari tempat letak kenderaan secara mengundur. Bagi yang memerlukan bantuan ketika ingin meletak kenderaan, ciri Panoramic View Monitor (PVM) turut ditawarkan sebagai pilihan.

Vellfire

Seperti Alphard baru, Vellfire juga menerima perubahan kosmetik dengan reka bentuk tiga-dimensi pada bahagian hadapan. Ia juga dipasangkan dengan rim aluminium aloi 18-inci rekaan baru. Bahagian atas lampu utamanya menggunakan dua projektor petak. mankala lampu isyaratnya beroperasi dengan ciri cahaya berturutan.

13

Di belakang, bahagian atas serta bawah lampu didatangkan dengan kemasan melintang yang membuatkannya seolah-olah terbahagi kepada dua bahagian; ia merupakan kesinambungan rekaan dari lampu utama bahagian depan. Lampu isyarat LED ini juga akan menyala secara berturutan.

Seperti Alphard 2018, peningkatan bahagian dalamannya termasuk kemasan perincian dengan rekaan baru. Susunan tempat duduk barisan kedua dan ketiga masih sama, dengan kerusi Kapten individu di barisan kedua. Tempat duduk dengan material kulit ini dinaiktaraf untuk memberikan lebih keselesaan, lengkap dengan pendingin hawa pada kusyen dan penyandar kerusi. Bahagian penyandar serta perehat kaki juga boleh dilaraskan dengan kuasa elektrik.

8

Untuk kemudahan penumpang, bukan sekadar slot USB yang disediakan malah pad pengecas tanpa wayar juga ada. Ciri ini menggunakan kuasa tanpa wayar dengan piawaian Wireless Power Consortium (WPC) dan boleh mengecas mana-mana telefon bimbit yang serasi. Ciri Digital Full Display Mirror yang memberikan pandangan yang lebih luas dan jelas juga menjadi tambahan terbaru.

Bagi aspek keselamatan, Vellfire turut menerima peningkatan yang sama seperti sistem Blind Spot Monitoring dan Rear Cross Traffic (RCTA). Seperti Alphard, ciri Panoramic View Monitor (PVM) turut ditawarkan sebagai pilihan bagi pemandu yang memerlukan bantuan ketika ingin meletak kenderaan.

15

Previous post

50 Pelanggan Pertama Terima Toyota C-HR

Next post

Nissan Sasar Menjual 1 Juta Kenderaan Elektrik Menjelang 2022

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *