Motosikal / Lain Lain Roda

Triumph Malaysia Lancar 8 Model Baharu Bagi 2018

Triumph Motorcycles telah memperluaskan dan mengemaskinikan rangkaian modelnya di Malaysia dengan pelancaran lapan model baru; iaitu Bonneville Bobber Black dan Speedmaster, serta barisan Tiger 800 yang terdiri daripada enam varian.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Model-molde Triumph yang baru ini kini boleh didapati di Malaysia dari harga RM79,900 bagi Bonneville Bobber Black dan Bonneville Speedmaster. Keseluruhan rangkaian Triumph Tiger 800; XR, XRx, XRx Low, XRT, XCx, XCa– akan dijual dari harga RM56,900 hingga RM81,900. Kesemua motosikal disertakan dengan waranti perbatuan tidak terhad selama dua tahun.

Triumph Bonneville Bobber Black_2

Bonneville Bobber Black menampilkan rim hadapan 16 inci yang lebih tebal berbanding rim 19 inci pada Bobber standard. Ia juga didatangkan dengan fork hadapan Showa 47 mm (berbanding 41mm pada Bobber), lampu hadapan LED dengan  lampu nyalaan siang (DRL) baru yang tersendiri dan butang tunggal bagi kawalan jelajah sebagai ciri standard.

Triumph Bonneville Speedmaster

Bonneville Speedmaster pula menawarkan ergonomi penunggangan yang lebih relaks dengan ‘beach bars’ yang terentang ke belakang, serta pemasangan pelana berkembar dan tunggal berbanding Bobber yang hanya didatangkan dengan satu pelana. Ia juga mempunyai tempat letak kaki yang dipasang ke hadapan, rim berjejari 16inci dan tangki bahan api 12 liter yang lebih besar yang menjadikan Speedmaster begitu ideal untuk penjelajahan jarak jauh.

Triumph Bonneville Speedmaster 2

Speedmaster dipacu oleh enjin ‘High Torque’ 1200cc silinder kembar sebaris yang menghasilkan 106 Nm pada 4,000 rpm dan 77 PS, 42% dan 25% lebih tinggi berbanding Speedmaster model 2015. Kuasa dipindahkan melalui kotak gear enam kelajuan yang memberikan penukaran yang lancar.

New Triumph Tiger 800 XRT and XCA

Bagi Tiger 800 XCx yang dibangunkan untuk off-road dan Tiger 800 XRx yang tertumpu pada penggunaan di atas jalan, kedua-dua model menampilkan lebih 200 penambahbaikan pada casis dan enjin, dan2 menawarkan enjin 800 cc tiga silinder yang dioptimakan dan lebih responsif dengan output 95 PS. Gearnya juga diperbaharui dan kini menampilkan nisbah gear satu yang lebih pendek yang memberikan cengkaman off-road yang lebih baik. Kedua-dua XCx dan XRx juga menawarkan enam mod penunggangan, termasuklah mod ‘Off Road Pro’ yang baru.

New Triumph Tiger 800 XRT_2

Tiger 800 XCx dan XRx dilengkapi dengan instrumen berwarna TFT baru yang boleh dilaraskan, pencahayaan LED tersendiri yang baru, kawalan jelajah yang dikemaskini, brek hadapan Brembo, konfigurasi suspensi yang baru, suis yang dipasang pada bar hendal dengan butang pencahayaan belakang yang elegan, casis yang dipertingkatkan dan badan premium yang baru.

New Triumph Tiger 800 XRT

Kelengkappan asas pengembaraan telah dikekalkan denganABS, kawalan cengkaman, pendikit ‘ride-by-wire’, kawalan jelajah, pelana dengan ciri pemanas dan grip pada sesetengah model, soket kuasa dan ketinggian tempat duduk pada dua kedudukan (810-830 mm bagi XRx, 840-860 mm bagi XCx).

 

Previous post

Wow Factor Sudah Tiba ... Sedan S60 Volvo Baharu

Next post

Pengarah Urusan Dan Ketua Pegawai Eksekutif Baharu Boon Siew Honda

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *