Berita Auto

Volkswagen Arteon Terima Pakej R-Line

Volkswagen telah mengumumkan bahawa ia akan menawarkan pakej R-Line untuk Arteon. Ia merangkumi pelbagai penambahan luaran dan dalaman yang memberikan sedan itu imej yang lebih sporty dan agresif.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Bakal dipamerkan di New York Auto Show 2018 tidak lama lagi, pakej R-Line memberikan rekaan bampar hadapan yang unik dengan kemasan hitam berkilat pada lubang ambilan udara. Kemasan tersebut juga digunakan pada spoiler belakang.  Selain itu, pelanggan juga akan mendapat lencana R-Line dan rim aluminium aloi yang didatangkan dalam dua saiz iaitu 19 dan 20 inci.

2019-vw-arteon-r-line (2)

Di dalam, Arteon R-Line menampilkan jahitan kontras pada stereng dan tombol gear, paddle shifter, kemasan metalik, ‘headliner’ hitam, pedal keluli tahan karat dan logo R-Line pada bahagian sill pintu. Logo pakej ini juga akan muncul pada skrin infotainment sebaik sahaja kereta dihidupkan.

2019-vw-arteon-r-line (3)

Malangnya, pakej R-Line tidak merangkumi aspek mekanikal. Arteon masih mengekalkan enjin 2.0 TSI yyang menghasilkan 268 hp dan transmisi automatik lapan kelajuan. Sistem pacuan semua roda 4Motion ditawarkan secara pilihan.

Previous post

Bina Toyota Camry Dengan Kepingan Lego

Next post

Volkswagen Golf Facelift Masuk Pasaran Malaysia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *