Berita Auto

Ford Mustang Kereta Sports Coupe Paling Laris Di Dunia

Keputusan Ford untuk membawa masuk Mustang ke pasaran global mula menampakkan hasilnya apabila ia kekal sebagai kereta sports coupe paling laris di dunia untuk tahun ketiga berturut-turut sejak 2015.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Menurut kajian Ford berdasarkan data pendaftaran kenderaan ringan baharu yang diperoleh daripada IHS Markit, tahun 2017 menyaksikan 125,809 unit Mustang didaftarkan di seluruh dunia. Data tersebut disusun dari kerajaan dan sumber lain dan merangkumi 95 peratus daripada jumlah keseluruhan kenderaan baharu di lebih 80 buah negara.

Daripada jumlah tersebut, syarikat itu melaporkan bahawa 81,866 daripadanya dijual di Amerika Syarikat, bermakna hanya satu pertiga daripada jumlah keseluruhan Mustang berada di pasaran eksport termasuk China, di mana 7,125 unit didaftarkan.

Varian paling popular adalah Mustang GT yang menampilkan enjin 5.0-liter V8 dengan 416 PS dan 530 Nm. Selain GT, pelanggan mempunyai pilihan untuk mendapatkan versi EcoBoost dengan enjin 2.3-liter empat silinder.

Kajian Ford turut menunjukkan bahawa populariti muscle car itu turut meningkatkan di kalangan pembeli wanita dengan peningkatan sebanyak 10 peratus sejak lima tahun lalu.

Previous post

Kawasaki Z900 Kini Dalam Warna Metallic Green Black - RM49,158

Next post

Tesla Model 3 Hadapi Isu Pengeluaran

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *