Insuran / Waranti

Haval Malaysia Tawar Rebat dan Insurans Percuma Sepanjang Bulan April Ini

Go Auto Sales Sdn Bhd (Haval Malaysia) telah mengumumkan promosi untuk bulan April yang boleh didapati di semua bilik pameran Haval di seluruh negara. Promosi tersebut menawarkan rebat bernilai sehingga RM3,000 untuk pelanggan baharu atau pemilik Haval yang membeli SUV Haval semasa tempoh kempen.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Sebagai sebahagian daripada usaha kami untuk memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk memiliki SUV mampu milik, kami menawarkan insurans percuma dan rebat dengan penjimatan sehingga RM3,000 untuk Haval H1 dan H2, kata Dato’ SM Azli SM Nasimuddin Kamal, Pengarah Eksekutif Go Auto Group.

Selain daripada promosi tersebut, Haval Malaysia akan turut mengadakan siri jelajah seluruh negara yang akan bermula di AEON Mall Shah Alam dari 24 hingga 29 April ini. Lokasi-lokasi bagi siri jelajah di bahagian Utara, Selatan, Pantai Timur serta Sabah dan Sarawak akan diumumkan nanti.

 

Previous post

Range Rover Velar Bakal Masuki Pasaran Malaysia Bulan Ini

Next post

Harapkan Lexus ES Baharu di Ekspo Auto Antarabangsa Beijing 2018

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *