Cerita Auto

Honda Malaysia Buka Pusat 3S di Banting

Honda Malaysia telah melancarkan pusat jualan, servis dan alat ganti (3S) terbarunya yang terletak di Banting, Selangor. Pembukaan pusat ini adalah selaras dengan tumpuan syarikat itu untuk memberikan lebih banyak kemudahan kepada pelanggan di kawasan luar bandar.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Dioperasikan oleh Banting Star Sdn Bhd dengan pelaburan berjumlah RM 15 juta, pusat berukuran 23,250 kaki persegi ini menempatkan 16 ruang servis yang mampu menampung sehingga 44 buah kenderaan setiap hari.

??????????

Untuk lebih keselesaan, ruang rehat, ruang eksekutif, cafe, ruang bermain kanak-kanak serta surau turut disediakan. Selain itu, pelanggan turut boleh menggunakan kemudahan lain seperti Wifi, perkhidmatan cuci kereta, pembaharuan cukai jalan serta perlindungan insurans.

??????????

Pembukaan pusat 3S ini juga tepat pada masanya untuk menyokong kenaikan pengambilan selepas jualan yang diakibatkan oleh kenaikan jualan Honda Malaysia dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Pada bulan Januari hingga Mac 2018, jumlah pengambilan selepas jualan di wilayah Tengah mencecah 148,100 unit, 10%  lebih banyak berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

??????????

Untuk membuat temu janji atau mengetahui lebih lanjut mengenai perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan, hubungi Banting Star Sdn Bhd (Honda 3S Center) di 03-3191 6100 (Jualan dan Perkhidmatan) atau lawati Lot 1608, Jalan Klang Banting, Telok Panglima Garang, 42500, Selangor.

??????????

 

Previous post

Honda Monkey Kembali Dengan Enjin 125cc

Next post

Sertai Pemanduan Mengujakan Bersama Pemandu Terkenal Dan PROTON

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>