Berita Auto

Honda Malaysia Panggil Semula 23,899 Unit Kenderaan

Honda Malaysia hari ini mengumumkan bahawa ia membuat panggilan semula yang melibatkan 28,399 unit kenderaan bagi menggantikan inflator beg udara penumpang hadapan jenama Takata. Model yang terlibat adalah City, Jazz, Jazz Hybrid dan Insight keluaran 2013.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Setakat bulan Mac 2018, syarikat itu telah menggantikan lebih 223,000 unit (84 peratus) inflator beg udara hadapan. Jumlah keseluruhan penggantian inflator beg udara pemandu dan penumpang hadapan pula adalah 435,000 unit atau 77 peratus.

02 The Jazz 2013 Affected Year Model

Honda Malaysia menegaskan bahawa model-model yang dijual sekarang tidak terjejas dengan isu ini. Setakat hari ini tiada kemalangan dan kecederaan membabitkan inflator beg udara penumpang hadapan dilaporkan di Malaysia.

03_2 The Jazz Hybrid 2013 Affected Year Model_Rear

Pemilik yang terlibat akan dimaklumkan menerusi surat pemberitahuan. Mereka yang menerima surat tersebut digesa untuk menghantar kenderaan mereka ke pusat servis Honda terdekat untuk pemeriksaan dan penggantian secara percuma.

04 The Insight 2013 Affected Year Model_Front

Selain itu, pelanggan juga boleh memeriksa status kenderaan mereka di www.honda.com.my atau www.productrecall.honda.com.my atau hubungi 1-800-88-2020.

Previous post

Persembahan Muzik, Makanan Dan Permainan Di BMW Motorrad Nightfuel 2018

Next post

MINI Countryman Plug-in Hybrid Dilancarkan di Malaysia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *