Gaya Hidup

Lynk & Co – Menepati Gaya Hidup Terkini

Perasaan teruja ketika melangkah masuk ke dalam cawangan pengedar Lynk&Co merupakan antara pengalaman yang dapat dirasai oleh pengedar-pengedar PROTON ketika lawatan ke China baru-baru ini. Jenama ini terletak di bawah naungan Geely untuk menarik pasaran segmen profesional golongan muda. Terletak di Shanghai dan di antara barisan pengedar-pengedar kereta lain, cawangan ini dilihat begitu menonjol.

cofee area Lynk_Co

“Ini merupakan konsep serba baharu bagi sebuah cawangan pengedar. Ianya tidak kelihatan seperti sebuah cawangan pengedar kereta, sebaliknya ia kelihatan seperti sebuah kedai bercitarasa gaya hidup. Di luar bangunan kelihatan begitu menarik dan apabila memasukinya, lebih banyak lagi kejutan yang menanti,” kata Azizulmu’min Mohd Hussain Malim dari Rohamas Corporation Sdn Bhd.kids area Lynk_Co

“Perasaannya sama ketika anda melangkah masuk ke dalam sebuah butik di pusat membeli-belah. Ianya bukan hanya semata-mata menjual kereta, tetapi apa yang ada di kedai itu yang ditawarkan kepada pengunjung. Ianya memaparkan gaya hidup yang bakal dibawa apabila memiliki Lynk&Co serta perkaitan manusia dengan jenama itu. Cara ini tentunya berpandangan jauh, menawan dan menyegarkan. Sekiranya konsep ini dibawa ke Malaysia, saya yakin ia akan dapat menarik minat orang ramai,” kata Azizulmu’min.

 

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101“Apabila berjalan masuk, terdapat ruangan kopi dengan pelbagai lollipop berwarna-warna diikat riben dan perkataan Lynk&Co terukir di atasnya. Bertentangannya pula adalah kedai barangan di mana terdapat baju, topi dan barangan lain untuk dilihat, atau dibeli sebagai cenderahati. Bukan itu sahaja, juga terdapat ruangan kopi, ruangan kanak-kanak dan ruangan menunggu yang selesa di mana pelanggan boleh berehat dan mengisi masa lapang ketika menunggu kereta mereka diservis,” jelas Azizulmu’min.

Lynk_Co lobby area where it showcases its car miniatures

Louis Ng Boon Cheng daripada NHL Automobil Sdn Bhd, berkongsi pandangan yang sama.

Lynk_Co merchandise area

“Ini adalah strategi perniagaan yang tepat di tempat kerja dan bukan lagi mengenai penjualan kereta semata-mata. Ini semua mengenai konsep jualan dan reka bentuk, dan penciptaan tren dengan memiliki kereta Lynk&Co. Saya benar-benar menantikan konsep yang sama digunapakai di Malaysia,” kata Louis.

dealers cheacking out Lynk_Co car (2)

Bagi Razali Ahmad, dari Erakars Sdn Bhd, konsep tersebut membawa idea baharu baginya untuk menjual kereta.

one of the dealer checking out the Lynk_Co car

“Bilik pameran tersebut membawa perasaan yang berbeza berbanding jenama lain di pasaran. Suasananya santai dan ceria serta sudut digital akan memberikan persepsi berbeza kepada pelanggan, terutamanya ketika mereka melangkah masuk ke bilik pameran. Dengan ruangan menunggu yang lapang dan kafe yang selesa, ini membuatkan pelanggan berasa teruja dan dihargai apabila mereka datang ke sini,” kata Razali.

Lynk_Co 01 model

Tambahan lagi, Razali berkata “Susunan yang ringkas dan susunan kereta yang teratur di ruang pameran juga antara kelebihan mereka. Kanak-kanak akan menyukai suasana di sini dan ruangan yang luas untuk perbincangan juga disediakan untuk orang dewasa menikmati secawan kopi, bersantai dan tidak berasa tergesa-gesa ketika menunggu kereta untuk diservis”.

group photo- dealers who visited the Lynk_Co dealer outlet

Previous post

Laurence Noël Dilantik Sebagai COE Kilang Naza Automotive Manufacturing

Next post

Tonton Episod 6 Majalah 9:11 Sini

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *