Berita Auto

Nissan Altima Hadir Dengan Teknologi dan Enjin Baharu

Nissan telah memperkenalkan taruhan terkininya dalam segmen sedan saiz pertengahan iaitu Altima baharu atau juga dikenali sebagai Teana. Model generasi keenam itu dipertontonkan di acara New York Auto Show 2018.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Altima baharu menampilkan penggayaan yang diinspirasikan daripada kereta konsep Vmotion 2.0 yang diperkenalkan lebih setahun lalu. Ia lebih rendah, panjang dan lebar berbanding model sebelum ini, ditambah dengan stance yang seimbang dan agresif.

Nissan-Altima-2019-1024-04

Bahagian kabin kelihatan lebih premium dengan panel instrument ‘gliding wing’ yang membuatkan ruang dalaman terasa lebih terbuka dan luas. Ciri-ciri utama termasuklah tempat duduk dengan sokongan tambahan, sistem NissanConnect dengan Apple CarPlay dan Android Auto serta skrin sentuh 8 inci.

Nissan-Altima-2019-1024-0b

Bagi pasaran Amerika Syarikat, model ini ditawarkan dengan dua pilihan enjin. Pengganti kepada enjin 3.5 V6 sebelum ini merupakan enjin 2.0-liter VC-Turbo empat silinder baharu yang menghasilkan 248 hp dan 370 Nm. Satu lagi pilihan adalah enjin 2.5-liter empat silinder yang dikatakan lebih senyap dan bersih. Ia menghasilkan 188 hp dan 244 Nm.

Nissan-Altima-2019-1024-10

Satu lagi naik taraf paling ketara bagi Altima adalah penggunaan ciri ProPilot Assist seperti yang terdapat pada model LEAF. Ciri ini mengurangkan beban kerja pemandu dengan membantu dari segi pecutan, brek dan stereng dalam keadaan tertentu. Sedan ini juga dilengkapi dengan Rear Automatic Braking yang mengesan objek dan membrek (jika diperlukan) ketika mengundur.

Nissan-Altima-2019-1024-0a

Selain itu, ciri-ciri standard yang boleh didapati adalah Automatic Emergency Braking dengan Pedestrian Detection, Lane Departure Warning (LDW), Blind Spot Warning (BSW), Rear Cross Traffic Alert (RCTA) dan High Beam Assist (HBA).

 

Previous post

Kasma Juara Pusingan Pembukaan Cub Prix 2018

Next post

SUV Baharu Perodua Akan Dilancarkan Di KLIMS 2018

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *