Berita Auto

Peluang Untuk Menangi RM5,000 Setiap Hari di BHPetrol

Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd, pengedar minyak dan pelincir BHPetrol, kini sedang mengadakan peraduan ‘eCard Pump & Swipe’ di mana pemegang eCard berpeluang untuk memenangi hadiah wang tunai bernilai RM5,000 setiap hari.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Peraduan tersebut berlangsung dari 1 hingga 30 April 2018 di setiap stesen BHPetrol yang menerima eCard. Untuk menyertai, pelanggan hanya perlu membuat pembelian minimum sebanyak RM30 dalam satu resit untuk mana-mana produk BHPetrol (Infiniti 95, Infiniti 97, Infiniti Diesel dan Infiniti Euro 5 Diesel) dan leret eCard mereka.

Baru-baru ini, Pengurus Besar Bekalan, Runcit dan Hal Ehwal Awam BHPetrol, Ir Azizul Azily Ahmad telah menyampaikan hadiah wang tunai tersebut kepada Prof Dr Khairul Azmi bin Abdul Kadir yang telah dipilih sebagai salah seorang pemenang harian.

Khairul Azmi telah menjadi ahli eCard sejak empat tahun yang lalu dan merupakan pelanggan tetap stesen BHPetrol Taman Tun Dr Ismail. Beliau merancang untuk menderma hadiahnya kepada masjid dan surau sempena bulan Ramadhan yang akan datang.

Untuk maklumat lanjut mengenai peraduan ini, layari www.bhpetrol.com.my.

Previous post

Volkswagen Perkenal Pakej ‘WILD’ Tiguan 1.4TSI Comfortline

Next post

Formula E Di Rom Buat Kali Pertama

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *