Berita Auto

Peluang Untuk Miliki Satu-satunya BMW M3 30 Years American Edition

Diperkenalkan pada pertunjukan SEMA 2017, BMW M3 30 Years American Edition merupakan model edisi terhad yang direka sempena sambutan ulangtahun ke-30 M3 di Amerika Syarikat.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Hanya satu unit dihasilkan dan ia kini boleh didapati di sebuah pengedar yang terletak di Los Angeles. Unit tersebut didatangkan dalam warna Frozen Red II Metallic yang dipadankan dengan rim M Performance bersaiz 19 dan 20 inci. Bahagian kabin pula sangat patriotik dengan tema merah, putih dan biru.

2018-bmw-m3-30-years-american-edition (4)

American Edition dihasilkan berasaskan M3 versi manual dengan Competition Package, bermakna ia mempunyai 425 hp dan 550 Nm yang dihasilkan oleh enjin 3.0-liter enam silinder twin-turbo.

2018-bmw-m3-30-years-american-edition (3)

Jentera ini turut dilengkapi dengan pelbagai komponen M Performance termasuk spoiler belakang yang diperbuat daripada gentian karbon, sistem ekzos titanium dan sistem suspensi boleh laras. Tayar yang digunakan adalah Michelin Pilot Sport Cup 2.

2018-bmw-m3-30-years-american-edition (1)

Mereka yang berminat perlu membayar $130,110 untuk memiliki model yang unik ini. Malangnya, harga tersebut boleh dikatakan tidak masuk akal jika dibandingkan dengan harga M3 standard yang bermula dari $66,500 dan M5 baharu yang dijual pada harga $102,600 di pasaran AS.

 

Previous post

5 Sebab Kenapa Malaysia Perlu Pikap Mercedes X-Class

Next post

Pagani Tamat Pengeluaran Huayra Coupe Dengan Model Edisi Khas

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *