Sukan

Pelumba Malaysia Tidak Sabar Beraksi di Australia

Seluruh kontinjen Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) sudah tidak sabar dan bersedia untuk memulakan aksi buat pertama kali di bumi Australia menjelang pusingan kedua saingan musim 2018 yang akan berlangsung di Litar The Bend Motorsport Park, Australia pada 20 hingga 22 April ini.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Selain perlumbaan ARRC, perlumbaan minggu ini turut dijalankan serentak bersama saingan Kejuaraan Australia Superbike (ASBK) di litar sepanjang 4.95 kilometer yang terletak berhampiran Tailem Bend, 100 kilometer di selatan Adelaide itu.

Selepas tamat pusingan pertama di Buriram, Thailand, Anthony West (webike IKAZUCHI Racing) mendahului kedudukan keseluruhan SuperSports 600cc diikuti Azlan Shah Kamaruzaman (Manual Tech KYT Kawasaki Racing) kedua dengan 32 mata dan Thitipong Warokorn (Core Kawasaki Thailand Racing Team) ketiga, 25 mata.

Kategori Asia Production 250 di Anupab Sarmoon (Yamaha Thailand Racing Team) dengan 38 mata, Muklada Sarapuech (AP Honda Racing Thailand) kedua dengan 31 mata dan Rafid Topan Sucipto (Yamaha Yamalube KYT TJM WR Super battery) ketiga, juga 31 mata.

Kelas Underbone 150cc dikuasai oleh tiga pelumba Malaysia, diketuai Md Helmi Azman (SCK Rapido Hi Rev Honda Racing) dengan 36 mata, Md Izzat Zaidi (RCB Yamaha YY Pang Racing) 33 mata dan Md Affendi Rosli (Team One For All) ketiga, 30 mata.

Enam kategori perlumbaan akan berlangsung dengan tiga kategori bagi ARRC iaitu SuperSports 600cc, Asia Production 250cc dan Underbone 150cc manakala tiga kategori ASBK iaitu Superbike ASPK, SuperSports ASBK dan SuperSports 300 ASBK.

Previous post

Anak Colin Chapman Terima Evora GT410 Sport Baharu

Next post

SYM Malaysia Perkenal 3 Model Baharu

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>