Autonomi

Pemandu Terbunuh Dalam Kereta Autonomi Tesla

Kereta autonomi telah terlibat dalam kematian pejalan kaki dan kini mereka terlibat dalam kematian pemandu pula. Minat mendalam dengan kereta memandu sendiri harus dibiarkan untuk pasukan penyelidikan dan pembangunan buat masa ini kerana ianya masih belum siap untuk digunakan walaupun di kota-kota moden yang teratur. Kenderaan Tesla yang terlibat dalam kemalangan maut bulan lalu di California Utara beroperasi dalam Autopilot, pembuat kereta itu baru sahaja mengesahkannya. Tetapi Tesla berpendapat bahawa mangsa dan bahagian penghalang lebuh raya yang rosak disalahkan (bagaimana penghalangan jalanraya boleh dipersalahkan?).

Model X SUV berlanggar di Mountain View, di Silicon Valley, California, pada 23 Mac, membunuh pemandunya, jurutera Apple, Walter Huang, 38. Jelas sekali bahawa pemandu yang berpendidikan juga terlalu percayakan bahawa kereta autonomi akan mengelakkan kemalangan .

Tesla berkata bahawa pemandu tidak mempunyai tangannya pada roda stereng selama 6 saat sebelum kemalangan itu, walaupun beberapa amaran dari kenderaan itu. Ini adalah kecuaian pemandu, tetapi kereta patut mempunyai sensor berfungsi untuk mengelakkan kemalangan.

Tesla mengesahkan bahawa walaupun sistem Autopilotnya boleh mengekalkan kelajuan, mengubah lorong dan pakir sendiri, ia memerlukan pemandu memerhati jalanraya dan tangan mesti di roda stereng untuk mengawal kenderaan dan mengelakkan kemalangan. Tesla berkata log kenderaannya menunjukkan pemandu tidak mengambil tindakan langsung untuk menghentikan kereta itu daripada terhempas ke pembahagi laluan konkrit.

Previous post

Nissan Almera Kembali 2018 Ini

Next post

Pengaruh Geely - Dari Sudut Pandangan Pengedar Proton

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *