Cerita Auto

Perodua Komited Hasilkan Alat Ganti Myvi Generasi Kedua

Perodua hari ini mengumumkan bahawa ia akan terus menyokong keperluan pelanggannya dengan membuka barisan produksi alat ganti bagi Myvi generasi kedua.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Dioperasikan oleh vendor Perodua iaitu IQM Sdn Bhd di Proton City yang terletak di Tanjung Malim, barisan tersebut menghasilkan komponen badan termasuk hud, pintu, fender, panel sisi dan bumbung. Alat ganti enjin untuk model terbabit pula masih dikeluarkan di kilang PMSB di Rawang, manakala bahagian lain dihasilkan oleh vendor-vendor lain.

“Kami mengambil langkah untuk menyumberluarkan produksi alat ganti bagi Myvi generasi kedua kerana kilang kami sudah mencapai kapasiti maksimum,” kata Takahashi Masanori, presiden Perodua Auto Corporation Sdn Bhd.

img2 (1)

“Sudah menjadi pengilang alat ganti Viva sejak pengeluaran model tersebut berakhir pada tahun 2014, IQM adalah pilihan yang tepat untuk projek ini,” tambahnya lagi.

Selain Myvi generasi kedua dan Viva, alat ganti asli bagi Myvi generasi pertama, Kelisa dan Kancil masih dihasilkan oleh vendor-vendor di Malaysia sehingga kini.

 

Previous post

Shell Malaysia Jalin Kerjasama Dengan 11Street

Next post

Kawasaki Z900 Kini Dalam Warna Metallic Green Black - RM49,158

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>