Cerita Auto

Perodua Tawar Sistem Pemantauan Tekanan Tayar GearUp

Perodua telah memperkenalkan aksesori GearUp terbaru iaitu sistem pemantauan tekanan tayar Bluetooth atau Bluetooth Smart Tyre Pressure Monitoring System (TPMS).

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Alat tersebut dijual pada harga RM430 (Semenanjung Malaysia), namun pelanggan boleh mendapatkannya pada harga promosi iaitu RM385 sehingga 30 Jun ini. Seperti aksesori GearUp yang lain, ia didatangkan dengan jaminan selama enam bulan.

Produk ini terdiri daripada empat sensor individu dan sebuah alat peranti pintar yang ditempatkan di dalam kereta. Dipasang pada setiap injap tayar, sensor tersebut menghantar maklumat mengenai keadaan tekanan tayar kepada peranti pintar menerusi Bluetooth.

img1

Peranti pintar tersebut mempunyai empat lampu yang mewakili setiap tayar kenderaan. Sekiranya tekanan jatuh sebanyak 8% daripada nilai yang disyorkan, ia akan mengeluarkan bunyi ‘beep’ dan lampu akan menyala bagi menandakan tayar mana yang kekurangan angin.

Selain itu, pengguna juga boleh memuat turun aplikasi FOBO Tire yang membolehkan mereka mendapatkan data tekanan dan suhu tayar menerusi telefon pintar. Data tersebut disimpan secara atas talian (cloud) dan boleh diakses oleh pengguna lain seperti ahli keluarga. Sebagai contoh, pengguna di rumah boleh memantau keadaan tekanan tayar semasa kereta dipandu oleh ahli keluarga yang lain.

img2

Bagi mengelakkan kecurian, setiap sensor boleh dikunci dengan menggunakan spanar yang disertakan bersama. Alat peranti pintar tersebut akan masuk ke dalam mod ‘tidur’ apabila kereta tidak bergerak bagi menjimatkan bateri.

 

Previous post

Kagum Dengan Cawangan Pengedar Geely

Next post

Kia Grand Carnival 2.2D SX Dilancarkan - RM188,888

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>