Berita Auto

Pininfarina H500 Bakal Muncul di Beijing Motor Show

Pininfarina telah menyiarkan teaser bagi kereta konsep elektrik H500 yang bakal didedahkan sepenuhnya di Beijing Motor Show pada bulan ini. Ia merupakan rekaan terbaru yang dihasilkan menerusi kerjasama antara Pininfarina dengan Hybrid Kinetic Group (HKG) selepas H600. K550, K750 dan HK GT.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Imej yang didedahkan menunjukkan sebuah sedan empat pintu gaya ‘fastback’ dengan reka bentuk lampu dan jeriji hadapan yang hampir sama dengan H600. Garis bumbung yang konservatif memberi bayangan tentang ruang kabin yang luas dan lapang terutamanya di bahagian belakang.

Bahagian dalaman pula kelihatan canggih dengan paparan digital di sekeliling papan pemuka. Selain itu, paparan digital turut disediakan di bahagian panel instrumen dan konsol tengah.

pininfarina-h500-concept (1)

Pininfarina tidak mendedahkan rangkaian kuasa H500, namun laporan mengatakan bahawa ia merupakan kenderaan elektrik (EV) ‘range extender’, sekaligus meletakkannya sebagai pesaing BMW i3, Tesla Model 3 dan Chevrolet Volt.

 

Previous post

Kia Menang 3 Anugerah Rekaan Red Dot Untuk Stinger, Stonic Dan Picanto

Next post

Lotus Exige Cup 430 Type 25 Ini Mungkin Sudah Habis Dijual

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *