Bisnes

PROTON Yakin Pada Hasil Usaha Menaiktaraf Rangkaiannya

2018 merupakan tahun yang penting untuk PROTON selepas pengambilalihan 49.9% saham oleh Geely. Syarikat sedang giat menjalankan pelbagai inisiatif secara dalaman untuk memastikan pemulihan yang berjaya dalam masa yang singkat. Dengan adanya rakan niaga baharu ini harapan dan usaha diketengahkan dalam menaikkan nilai jenamanya di samping meningkatkan usaha untuk mencapai matlamat bagi 109 pusat bertaraf 3S/4S sebagai sebahagian daripada pendekatan 180o dalam memenuhi kepuasan pelanggan dan pengalaman memiliki kereta Proton. Inisiatif ini juga untuk mempersiapkan rangkaian bagi kedatangan SUV pertama PROTON yang memiliki ciri-ciri dari segmen premium dan dilancarkan pada akhir tahun ini.

Dealers group photo

61% kuota telah dipenuhi bagi naiktaraf rangkaian

Model pertama yang dihasilkan bersama Geely akan dijual melalui pengedar yang mampu memberikan pengalaman premium kepada pelanggan. Dalam tempoh 3 bulan ketika Syarikat mengumumkan satu skim kepada pengedar dan pelabur baharu untuk menaiktaraf atau membina pusat 3S/4S, PROTON telah menerima sebanyak 170 permohonan, dengan 82 daripadanya berpotensi untuk mendapat kelulusan bagi dinaiktaraf.

Setakat ini, 66 permohonan telah dinilai dan diluluskan dan selebihnya sedang diteliti untuk memastikan mereka patuh kepada setiap syarat dan kriteria yang ditetapkan. Justeru itu, PROTON berharap untuk mencapai sasaran bagi menjalankan penaiktarafan rangkaian pengedar pada 2018 tepat pada masanya untuk pelancaran SUV baharu, dan sejajar dengan sasaran yang telah ditetapkan dalam fasa-fasa pelan peningkatan sehingga 2020.

Persediaan lain: Memperkukuh proses-proses dalaman

Berikutan kerjasama antara PROTON dan Geely pada akhir 2017, Syarikat menumpukan untuk mengoptimumkan proses dan produk-produknya sambil mencari tenaga kerja mahir yang baharu. Dengan pelantikan jawatan bagi ahli-ahli industri automotif yang berpengalaman sehinggalah ke pengurusan kanan global yang utama, PROTON melaksanakan inisiatifinisiatif yang meneliti lapan bidang kritikal untuk memberikan hasil holistik kepada proses pemulihan

Salah satu inisiatif utama yang dijalankan adalah untuk meningkatkan kualiti secara keseluruhan pada model-model sedia ada Proton. Penggunaan sistem pemarkahan kualiti produk Geely yang juga merupakan penyesuaian sistem yang digunapakai Volvo Cars, telah membantu mengenalpasti isu-isu dan telah menghasilkan markah audit yang kukuh pada semua model. Lebih banyak inisiatif dijangkakan tahun ini kerana PROTON berfungsi untuk membina kereta yang sepadan dengan kualiti pengeluar kereta premium.

PROTON juga terus menghantar tenaga kerja mahirnya untuk belajar dari rakan niaganya di China bagi menjana budaya korporat yang lebih bersepadu dan memperkembangkan pengetahuan serta kemahiran mereka di dalam bidang masingmasing. Pada masa yang sama, perkembangan ini membolehkan kemajuan yang lebih pantas dibuat dalam mencapai matlamat pemulihan yang telah ditetapkan untuk tahun ini dan sebagai persediaan untuk ketibaan SUV yang berteknologi maju.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Persediaan bagi model yang bakal tiba

Sempena pelancaran SUV pada akhir tahun ini, kerja-kerja pembangunan oleh pasukan pembangunan kenderaan PROTON sedang giat dijalankan. Model tersebut dilengkapi dengan ciri-ciri teknologi yang paling maju seperti pengiktirafan suara pintar, kamera 3D 360o dan pelbagai ciri keselamatan yang lain seperti kawalan pelayaran adaptif, brek bantuan kecemasan automatik dan sebagainya. Untuk membina tarikan bagi pra pelancaran dan untuk menggembar-gemburkan ketibaannya, unit pandu uji SUV tersebut telah dibawa ke cawangan-cawangan dan premis pembekal yang terpilih pada setiap minggu untuk memberi peluang kepada orang ramai melihat model itu dengan lebih dekat. Selain itu juga terdapat inisiatif lain termasuk kaji selidik dalam talian yang mencari pendapat umum mengenai nama yang sesuai untuk SUV premium pertama yang ditawarkan oleh jenama kereta Malaysia.

Kempen April

Bagi bulan April, PROTON menawarkan pembiayaan 0% untuk tahun pertama kepada pembeli Proton Iriz (varian Executive dan Premium), Proton Ertiga (semua varian) dan Proton Exora (semua varian) yang mendaftar untuk pinjaman 5 tahun bersama Hong Leong Bank. Bagi Proton Saga dan Persona (Premium CVT sahaja), tawaran terdiri daripada kit badan percuma bagi tempahan yang dibuat sepanjang bulan ini. Selain itu, rebat-rebat juga boleh didapati untuk model lain termasuk insentif bagi model-model tahun 2017.

Bersempena dengan langkah yang diambil untuk meningkatkan jumlah jualan, usaha untuk meningkatkan tahap perkhidmatan jualan dan membina semula kepercayaan antara pembeli kereta dan jenama juga sedang dijalankan. Oleh itu, PROTON yakin bahawa tahun 2018 ini dapat dilalui dengan rasa optimisme yang baru.

EDAR0142WH CNY promo_internal Digital Banner

Previous post

Pagani Tamat Pengeluaran Huayra Coupe Dengan Model Edisi Khas

Next post

Range Rover Evoque Serendah RM299,800?

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *