Cerita Auto

Shell Malaysia Jalin Kerjasama Dengan 11Street

Shell Malaysia hari ini dengan rasminya melancarkan Gedung Rasmi Dalam Talian Shell Malaysia di 11street (www.11street.my/promotion- page/shell-official- store), yang menyediakan kemudahan bagi pemilik kereta di seluruh Malaysia membuat pembelian pakej servis penukaran minyak Shell Helix (termasuk minyak Shell Helix pilihan anda, turas minyak dan caj buruh) yang tulen secara dalam talian.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Para pengguna di Semenanjung Malaysia, dan kelak di Sabah dan Sarawak, akan dapat membeli e-baucar bagi pakej servis penukaran minyak Shell Helix yang tulen secara dalam talian, menghubungi bengkel terlebih dahulu untuk membuat temu janji dan menebusnya melalui aplikasi mudah alih 11street di bengkel pilihan mereka yang terdapat dalam senarai lebih daripada 45 bengkel berjenama Shell Helix yang mengambil bahagian.

Untuk meraikan kerjasama tersebut, Shell Helix dan 11street telah mengumumkan peraduan Belanja & Menang! Dari 16 hingga 29 April 2018, pengguna yang membeli pakej servis penukaran minyak yang menggunakan sama ada minyak motor Shell Helix Ultra dengan Teknologi PurePlus, High Mileage atau HX7 di 11street akan berpeluang untuk memenangi kredit beli-belah bernilai RM500.

Menurut Pengurus Besar Pemasaran Shell Lubricants, May Tan, kerjasama dengan 11street akan membolehkan syarikat tersebut mengambil peluang atas trend membeli-belah dalam talian yang sedang pesat berkembang dan membawakan produk Shell Helix yang tulen dan servis nilai-untuk-wang kepada pasaran yang lebih luas di seluruh negara.

“11street menawarkan kemudahan untuk pembeli di Malaysia mendapatkan servis penukaran minyak Shell Helix yang tulen yang paling berkualiti di bengkel-bengkel berjenama Shell Helix. Kerjasama dengan Shell Malaysia ini akan membantu pengguna mengurangkan masa menunggu untuk menjalankan servis kereta mereka, dan membolehkan mereka membuat temu janji dengan mudah mengikut kesesuaian mereka sendiri,” kata Bruce Lim, Naib Presiden Perdagangan, 11street.

Pengguna yang membeli pakej servis penukaran minyak Shell Helix di 11street juga layak untuk mendaftar bagi program kesetiaan Shell Advantage and Rewards (SHARE). Dengan pendaftaran dalam talian yang mudah di www.shell.com.my/share anda akan dapat menikmati pelbagai ganjaran dengan SHARE. Ini termasuklah tawaran hebat beli-3-percuma- 1 bagi pembelian Shell Helix Ultra, peringatan penukaran minyak dan promosi bermusim.

Mereka yang mempunyai kereta yang berusia kurang daripada lapan tahun dan bacaan odometer 150,000 km juga layak untuk mendapatkan Waranti Enjin Shell Helix (SHEW) dengan percuma apabila mereka menjalankan servis kereta dengan Shell Helix Ultra, High Mileage atau HX7.

Previous post

Ford Focus Masih No.2 Di Eropah ... Tetapi di ASEAN?

Next post

Perodua Komited Hasilkan Alat Ganti Myvi Generasi Kedua

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>