Tempahan Nissan Serena S-Hybrid Serba Baharu Dibuka
Edaran Tan Chong Motor (ETCM) mengumumkan bahawa tempahan Nissan Serena S-Hybrid generasi kelima serba baharu kini sudah dibuka dan dijangka dilancarkan pada Mei 2018.
Sama seperti model terdahulu, varian 2.0 liter CVTC Berkembar dipadankan dengan kotak gear Xtronic CVT dan Kawalan Syif Adaptif (ASC); enjin ini mampu menjana kuasa maksimum 150 PS pada 6,000 rpm dan tork 200 Nm pada 4,400 rpm. Penggunaan Dual Arm Tensioner (DAT) baharu pula menghasilkan ketegangan rendah pada tali sawat bagi mengurangkan masalah kehilangan kuasa serta meningkatkan efisiensi bahan api.
Sistem Hibrid Pintar pada Serena S-Hybrid serba baharu merupakan sistem hibrid yang kompak. Ia didatangkan dengan motor ECO yang dinaik taraf bagi mengawal sistem berhenti melahu dan memberi tambahan kuasa tork apabila memecut dari titik pegun. Ia juga berfungsi sebagai unit alternator semasa nyah pecutan untuk memudahkan pemulihan tenaga.
Penambahbaikan pada enjin kenderaan ini membolehkannya menawarkan penjimatan bahan api yang terbaik dalam kelasnya iaitu 14.2 km/l (NEDC R101), menjadikan Serena S-Hybrid serba baharu bertaraf EEV (Energy Efficient Vehicle).
Serena S-Hybrid mengambil langkah revolusi dengan dilengkapi pelbagai ciri Nissan Intelligent Mobility (NIM). Ini termasuklah Monitor Pintar Pandangan Sekeliling (I-AVM) dengan 4 buah kamera yang menawarkan satu pandangan maya, 360° dari arah atas kenderaan untuk memudahkan navigasi. Pengesan Objek Bergerak (I-MOD) pula mampu mengesan pergerakan objek di sekeliling, seterusnya memberi amaran kepada pemandu.
Pintu gelongsor berkembar dengan pengesan kaki yang baru boleh beroperasi dengan mengesan pergerakan kaki di bawah pintu untuk membuka atau menutupnya. Terdapat juga 7 tempat duduk ‘Captain Seats’ dengan 7 saluran USB untuk semua penumpang pengecas peranti masing-masing.
6 beg udara kini hadir sebagai ciri standard pada Serena S-Hybrid serba baharu. Ciri-ciri keselamatan lain termasuklah Kawalan Dinamik Kenderaan (VDC), Sistem Kawalan Jejak (TCS), Sistem Brek-Antikelincir (ABS), Bantuan Membrek (BA), Agihan Kuasa Membrek Elektronik (EBD), Bantuan Mula Mendaki (HSA) dan cagak tempat duduk kanak-kanak dengan Top Tether (ISOFIX x2).
Serena S-Hybrid serba baharu sudah boleh dilihat secara dekat di beberapa buah pusat membeli-belah terpilih mulai 3 April. Dalam pameran island display dan siri jelajah ini, orang ramai boleh memuat turun aplikasi augmented reality (boleh didapati pada Android dan IOS) untuk melihat kenderaan ini pada masa sebenar dengan maklumat digital tentang Serena S-Hybrid serba baharu.
Jadual pameran island display:
Tarikh | Wilayah | Lokasi |
3 – 8 April | PantaiTimur | AEON KB, Kota Bahru |
3 – 8 April | Tengah | IPC Shopping Mall, Petaling Jaya |
5 – 8 April | Tengah | Tropicana City Mall, Petaling Jaya |
6 – 8 April | Sarawak | Vivacity Megamall, Kuching |
7 – 8 April | Sabah | Imago Times Square, Kota Kinabalu |
11 -15 April | Tengah | Alamanda Mall, Putrajaya |
12 – 15 April | Southern | AEON Seremban 2, Seremban |
17 – 22 April | Tengah | AEON Shah Alam, Selangor |
20 – 22 April | Selatan | Sutera Mall, Johor Bahru |
23 – 29 April | Tengah | Sunway Pyramid, Sunway |
25 – 29 April | Tengah | One Utama, Petaling Jaya |
26 – 29 April | Utara | Queensbay Mall, Penang |
26 – 29 April | Selatan | MYDIN MITC, Melaka |
27 – 29 April | Tengah | Melawati Mall, Kuala Lumpur |
27 – 29 April | Tengah | 1 Mont Kiara, Kuala Lumpur |
27 April – 1 May | Tengah | IOI City Mall, Putrajaya |
3 – 6 May | Tengah | Starling Mall, Petaling Jaya |
3 – 6 May | Utara | Ipoh Parade, Ipoh |
3 – 6 May | Utara | Gurney Plaza, Penang |
Jadual siri jelajah:
Tarikh | Wilayah | Lokasi | ||
3 – 8 April | Selatan | AEON Bukit Indah, Johor Bahru | ||
6 – 8 April | Tengah | Leisure Mall Cheras, Kuala Lumpur | ||
26 – 29 April | Tengah | MAI Autoshow @ MAEPS, Serdang | ||
26 – 29 April | PantaiTimur | Kuantan City Mall, Kuantan | ||
2 – 6 May | Tengah | Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur | ||
3 – 6 May | Tengah | Empire Shopping Gallery, Subang | ||
4 – 6 May | Tengah | iCar Asia Test & Buy @ Setia City Convention Centre |
No Comment