Berita Auto

Volkswagen Menyertai SOCAR dalam Revolusi Perkongsian Kereta Malaysia

Satu armada 50 buah kereta Volkswagen Polo 1.6 yang akan mempamerkan logo SOCAR serta berkhidmat untuk ekonomi perkongsian kereta di Lembah Klang telah diumumkan hari ini. BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101 SOCAR yang baru dilancarkan di Kuala Lumpur hanya tiga bulan lalu terus membentuk semula pola pemikiran rakyat Malaysia mengenai mobiliti dengan menerajui ‘pergerakan multiflex’. Kunci kejayaan SOCAR adalah perkembangan pantas yang menyediakan peningkatan ketersediaan serta kemudahan untuk ahli mereka. Satu lagi elemen penting adalah untuk melengkapkan gaya hidup yang berbeza-beza dan memberikan keceriaan kepada para pemandu platform ini. “Keindahan model perkongsian kereta ialah sebagai ahli, anda mendapat akses kepada beberapa jenis kereta bagi melayani keperluan anda yang berbeza daripada perjalanan santai meninggalkan bandar ke satu perjalanan dengan but yang sarat ke Ikea,” kata Ketua Pegawai Eksekutif SOCAR Malaysia, Leon Foong. Photo 1 (1) Bekerjasama dengan Volkswagen sebagai salah satu daripada rakan pilihan mereka hanyalah permulaan. “Model Volkswagen Polo adalah pilihan semulajadi untuk pengembangan armada SOCAR,” tambah Foong, “kerana ia adalah kereta bandar yang sempurna, menawarkan pemanduan berkualiti yang selamat, namun menyenangkan. Ia juga merupakan salah satu daripada model kereta yang paling banyak dihasilkan di dunia.” Beliau juga menyatakan bahawa demografik semasa pengguna SOCAR di Malaysia berada di pertengahan usia 30-an, yang ingin mencuba model kereta baru atau isi rumah yang perlu menggunakan kereta kedua atau ketiga dari semasa ke semasa. “Kami gembira kerana dapat bekerjasama dengan SOCAR. Melalui perkongsian ini, kami dapat menawarkan ahli-ahli awam akses kepada kereta Volkswagen di samping memberi mereka peluang untuk menikmati keupayaan kejuruteraan Jerman. Polo ini sesuai untuk pemanduan di bandar, walaupun ia agak kecil, ia menawarkan pemanduan dinamik tanpa menjejaskan keselamatan dan keselesaan,” kata Erik Winter, Pengarah Urusan Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM). Kumpulan pertama 21 buah kereta Volkswagen Polo telah dihantar dan baki 29 buah kereta dijangka akan tiba pada pertengahan bulan Mei. Polo 1.6 hatchback dilengkapi dengan enjin suntikan petrol 16-Valve Multi Point Injection (MPI) 105ps 1.6 liter dan transmisi automatik 6 kelajuan dengan ciri Tiptronic, Polo 1.6 juga dilengkapi dengan tork maksimum 153Nm yang boleh diperolehi pada 3800rpm rendah dengan penggunaan bahan api pada kadar 6.3L bagi setiap 100km. Aplikasi SOCAR boleh dimuat turun dari App Store dan Google Play Store. Untuk bulan Mei, Volkswagen Polo ditawarkan pada harga bermula daripada RM13.90 sejam (tanpa GST) termasuk petrol dan insuran komprehensif. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.socar.my Volkswagen_Polo

Previous post

Pelancaran Kempen Reimagine 'Haval Rocks The Town Tour' Oleh Duta Haval H2 Rozita Che Wan

Next post

Land Rover Sambut Ulang Tahun ke-70 Dengan Siaran Global

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *