Berita Auto

Volvo XC40 Boleh Didapati Dengan ‘Exterior Styling Kit’

Kereta Tahunan Eropah 2018 iaitu Volvo XC40 mempunyai rekaan yang dikira sudah cukup menarik, namun pelanggan yang inginkan penampilan lebih agresif boleh mendapatkan kit gaya luaran atau Exterior Styling Kit yang ditawarkan.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Kit tersebut merangkumi beberapa komponen luaran termasuk skid plate keluli tahan karat serta kemasan pada bahagian sisi yang diperbuat daripada bahan yang sama. Di bahagian belakang pula terdapat spoiler bumbung dengan lampu brek terbina dan empat lubang ekzos. Rim lima jejari bersaiz 21 inci dalam kemasan Black Diamond Cut menjadi pelengkap kit ini.

Tidak dapat dipastikan bila kit ini akan ditawarkan dan berapa harganya. Bagaimanapun, rim tersebut telah mula ditawarkan di Amerika Syarikat sebagai aksesori tambahan pada harga $2,680 (RM10,382).

 

 

Previous post

Vios Challenge Beri Kesan Tersendiri Kepada Peminat Sukan Permotoran Tempatan

Next post

MINI Countryman Panamericana Sedia Untuk Mengembara Sejauh 25,750 KM

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *