Cerita Auto

312,000 BMW Kena Recall di England …… Bagaimana Dengan BMW Anda?

BMW di England telah mengumumkan pemeriksaan keselamatan untuk lebih daripada 312,000 kereta di negara itu untuk menghapuskan risiko di mana kereta boleh terhenti semasa memandu dengan laju dengan kesemua elektrik terpotong. Tinjauan rasmi kini mendapati ianya melibatkan model lama yang berdaftar di England dan BMW sudah menghubungi pemilik kereta yang terjejas secara bertulis. Sebab kami berkongsi isu ini dengan anda adalah kerana banyak BMW dari England dijual di Malaysia (diimport oleh pengedar kereta terpakai).

Ini bermakna, BMW AG tidak mempunyai rekod siapa pemilik Malaysia kereta kereta ini dan ANDA mungkin memandu BMW dengan kerosakan elektrik.

Kerosakan ini akan menutup semua sistem pencahayaan, termasuk lampu amaran bahaya, lampu brek dan lampu yang lain, dan menyebabkan kereta tidak dapat melihat atau dilihat di dalam gelap. Pemilik dilaporkan mengalami masalah di lorong kanan/laju lebuh raya semasa memandu pada waktu malam.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Kereta terjejas termasuk model BMW  1-series, 3-series, Z4 dan X1  petrol dan model diesel yang dihasilkan antara Mac 2007 dan September 2011.

Previous post

M5 Competition Muncul Sebagai Sedan BMW Paling Berkuasa

Next post

Kegagalan Tali Keledar VW Polo ...... Recall Global Tidak Lama Lagi

Ross Hadi

Ross Hadi

14 tahun bikin burger, 21 tahun mengacara, 8 tahun borak kereta dan kini ... berkongsi sama!

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>