Berita Auto

BMW Jual 36,692 Unit Kenderaan Elektrik Dalam Tempoh 4 Bulan

Dalam masa empat bulan yang pertama pada tahun 2018, jualan kenderaan berkuasa elektrik BMW Group di seluruh dunia mencecah 36,692 unit, mewakili peningkatan sebanyak 41.7% berbanding tempoh yang sama pada tahun lepas.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Pieter Nota, Ahli Lembaga Pengurusan BMW AG yang bertanggungjawab ke atas Jualan dan Jenama BMW berkata, “Gabungan jualan antara kenderaan BMW i, iPerformance dan MINI Electric telah meningkat sehingga 52% pada bulan April (9,831), lantas melakar jualan kereta elektrik BMW Group yang melebihi 250,000 unit dan kita berada dalam landasan yang tepat untuk mencapai sasaran jualan melebihi 140,000 unit kenderaan berkuasa elektrik pada tahun ini.”

Sehingga bulan April 2018, BMW Group Malaysia telah menyumbang kepada kejayaan ini melalui pengeluaran kenderaan berkuasa elektrik, pada masa yang sama, portfolio jualan Plug-In Hybrid BMW di seluruh negara kini merangkumi 52.7% daripada keseluruhan unit kenderaan yang terjual.

BMW 530e Sport

Harald Hoelzl, Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia berkata, “Portfolio kenderaan Visionary Mobility kami telah berkembang secara kukuh, dan kini kita mempunyai varian kenderaan Plug-In Hybrid untuk hampir kesemua model yang ditawarkan lantas membentuk portfolio yang terbesar dalam industri automotif di Malaysia.”

Dalam masa empat bulan yang pertama pada tahun 2018 sahaja, BMW Group Malaysia telah memperkenalkan dua kenderaan plug-in hybrid di Malaysia, iaitu 530e Sport pada bulan Januari diikuti dengan MINI Countryman Plug-In Hybrid pada bulan April.

6. The New MINI Countryman Plug-In Hybrid

BMW juga telah meluaskan kemudahan fasiliti pengecasan bagi kenderaan elektrik dan kenderaan Plug-In Hybrid dengan mendirikan Stesen  Pengecas BMW i di WEIL Hotel di Ipoh, Holiday Inn Melaka dan The Equatorial Melaka, serta di CityONE Megamall Kuching.

Atas kolaborasi bersama Malaysian Green Technology Corporation, portfolio Mobiliti Bervisi yang digagaskan oleh BMW Group Malaysia melalui kenderaan BMW iPerformance dan MINI Electric juga disokong oleh platform ChargEV yang mempunyai rangkaian yang kian berkembang dan terdiri daripada 270 fasiliti di seluruh negara.

???????????????????????????????

Dengan matlamat untuk memacu masa depan Mobiliti Elektro di Malaysia, pengeluar kenderaan premium ini juga telah mempamerkan jentera BMW i3 di Malaysia Autoshow 2018, di mana lebih daripada 40 orang telah mengambil peluang untuk menguji pandu kenderaan elektrik tersebut.

Previous post

Keuntungan Nissan Menurun 12% ... Tapi Ini Akan Berubah 2018 Ini

Next post

Mercedes-Benz Services Malaysia Perkenal 'AgilityPlus'

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *