Berita Auto

BMW M2 Competition Kini Dengan Aksesori M Performance

Setelah melancarkan M2 Competition beberapa minggu yang lalu, BMW kini memperkenalkan rangkaian aksesori M Performance yang bukan sahaja memberikan penampilan lebih agresif, malah dapat mengurangkan berat model tersebut.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Antara komponen yang ditawarkan sistem gantungan M Peformance yang boleh diturunkan sebanyak 20 mm dengan 12 tetapan mampatan redaman dan 16 tetapan lantunan. Terdapat juga rim aloi 19 inci yang dapat mengurangkan berat sebanyak 3.2 kg serta brek cakera M Compound yang dipadankan dengan angkup enam omboh di hadapan dan empat omboh di belakang.

bmw-m2-competition-with-m-performance-parts (4)

Rim tersebut boleh didapati dalam warna Jet Black matte atau Frozen Gold dan pelanggan boleh memilih untuk mendapatkan tayar Michelin Pilot Sport Cup 2 untuk lebih cengkaman.

bmw-m2-competition-with-m-performance-parts (3)

Selain itu, BMW turut menawarkan pelbagai komponen gentian karbon seperti bonet dengan ‘powerdome’ yang memberikan pengurangan sebanyak 9 kg, manakala bumbung dan tailgate yang diperbuat daripada bahan yang sama masing-masing mengurangkan berat sebanyak 5 dan 6 kg.

bmw-m2-competition-with-m-performance-parts (5)

Lain-lain komponen gentian karbon yang boleh didapati termasuklah splitter hadapan, skirt sisi, jeriji, cermin sisi, spoiler, penutup enjin dan bermacam-macam lagi.

bmw-m2-competition-with-m-performance-parts (2)

M2 Competition juga boleh dilengkapi dengan sistem ekzos titanium dengan empat muncung dalam kemasan gentian karbon. Bunyi yang dihasilkan berbeza mengikut mod iaitu Efficient, Sport dan Sport +. Sudah tentu, ia lebih ringan sebanyak 8 kg berbanding sistem ekzos standard.

bmw-m2-competition-with-m-performance-parts (1)

Akhir sekali, sistem penganalisis pemanduan ditugaskan untuk memantau kelajuan, data enjin serta penggunaan pedal pemecut dan brek ketika M2 Competition beraksi di litar lumba. Sistem ini hanya memerlukan pemacu OBD (On Board Diagnostics) dan boleh diakses menerusi aplikasi telefon pintar.

Previous post

Toyota C-HR Terima Penarafan 5 Bintang ASEAN NCAP

Next post

Sistem Infotainment Volvo Akan Tampil Dengan Perkhidmatan Google

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *