Berita Auto

Brabham BT62 Sedia Bersaing Dengan McLaren Senna

Bagi yang belum tahu, Brabham Automotive merupakan syarikat baharu yang ditubuhkan pada 2018 oleh David Brabham, anak kepada mendiang Sir Jack Brabham yang pernah menjadi juara dunia Formula 1 sebanyak tiga kali iaitu pada tahun 1959, 1960 dan 1966. BT62 ini merupakan produk pertama syarikat tersebut.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Jika dilihat pada bahagian luaran, BT62 mempunyai reka bentuk supercar moden yang tipikal dengan gabungan lengkung dan garisan bersudut yang agresif. Ia mempunyai berat yang mengagumkan iaitu 972 kg yang dicapai dengan penggunaan panel badan yang diperbuat daripada gentian karbon.

??????????????????????

Dari segi kuasa, jentera yang dibangunkan khas untuk beraksi di litar lumba ini dikuasakan oleh enjin naturally-aspirated 5.4-liter V8 dengan transmisi berjujukan yang menghasilkan 700 hp dan 667 Nm, memberikannya nisbah kuasa-berat sebanyak 720 bhp bagi setiap tan. Jumlah tersebut adalah lebih tinggi berbanding McLaren Senna yang mempunyai nisbah berat-kuasa 660 bhp setiap tan.

????????????????????????????????

BT62 mempunyai ukuran panjang 4,460 mm dan lebar 1,950 mm dengan jarak roda (wheelbase) berukuran 2,695 mm. Penggunaan splitter hadapan serta diffuser dan spoiler yang besar di bahagian belakang menghasilkan downforce sebanyak 1,200 kg. Ia memakai tayar Michelin manakala sistem brek merangkumi cakera karbon keluaran Brembo.

????????????????????????

Model ini akan dihasilkan di Adelaide, Australia dengan jumlah pengeluaran yang terhad iaitu 70 unit untuk seluruh dunia. Ia akan didatangkan standard dalam versi pemanduan sebelah kiri (left hand drive) namun pelanggan juga boleh mendapatkannya dalam versi pemanduan sebelah kanan (right hand drive) melalui pesanan khas.

????????????????????????????????????????

Sebelum kami lupa, harga bagi seunit Brabham BT62 adalah £1 juta (RM5.35 juta) sebelum cukai dan opsyen.

 

Previous post

Pemilik Honda RS150R dari Selangor dan Perak Jalin Persahabatan

Next post

BMW Group Malaysia, Sime Darby Auto Engineering (SDAE) Rasmi Pembukaan Fasiliti Pemasangan Enjin di Kulim

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *