Trak Pikap, Van, MPV, Bas & Lori

Ford Ranger 2.2L Wildtrak Baharu dipilih sebagai ‘Pickup Truck of the Year’ oleh VOTY 2018

11 Mei 2018 yang lepas, dsf.my, gohedgostan.com, bigwheels.my dan automacha.com telah menganjurkan majlis penyampaian anugerah Vehicle Of They Year (VOTY) atau Kenderaan Tahunan di ICE Gallery @ Pantai Sentral Park, Lot No 2, Level 1, Jalan Pantai Sentral, 59200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. VOTY tahun ini adalah yang kedua ianya dianjur dan sekali lagi, penaja utamanya ialah ​Allianz General Insurance. Penaja bersama adalah Bosch Malaysia dan Bell & Ross Malaysia.  Sebanyak 21 anugerah telah disampaikan termasuk Ford Ranger 2.2L Wildtrak dari Sime Darby Auto Connexion.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Ini siaran akhbar mereka meraikan kemenagan tersebut:

Ford Ranger 2.2L Wildtrak yang lebih lasak, pintar dan efisien telah dinamakan sebagai ‘Pickup Truck of the Year’ oleh DSF.my Allianz Vehicle of the Year Awards (VOTY 2018). Pengiktirafan ini sekali gus mengukuhkan reputasinya selaku trak pikap yang paling pintar, berkeupayaan dan versatil di Malaysia.

“Kami teruja untuk menambah pengiktirafan ini serta maklum balas memberangsangkan yang diterima daripada para pelanggan di Malaysia. Mereka ternyata menghargai ketahanan, praktikaliti, selain teknologi canggih dan ciri-ciri yang ada pada Ranger,” kata Pengarah Urusan Sime Darby Auto Connexion, Syed Ahmad Muzri Syed Faiz.

Ranger baharu menetapkan satu penanda aras baru dalam segmen trak pikap apabila dilengkapi enjin yang telah ditambah baik demi mencapai penjimatan bahan api dan kuasa. Trak pikap ini juga dilengkapi dengan pelbagai ciri baharu canggih yang membolehkan pemilik mencapai lebih banyak, terutama varian Wildtrak yang menerima sambutan hangat.

Dikuasakan oleh enjin empat silinder Duratorq dengan pengecas turbo bersesaran 2.2 liter, Ranger 2.2L Wildtrak baharu menawarkan keupayaan mengagumkan. Ia menawarkan kemampuan menunda yang tiada tandingan sehingga 3,500kg, keupayaan mengharungi air mencecah 800mm yang mendahului kelasnya dan kapasiti mengangkut beban luar biasa.

Ranger 2.2L Wildtrak baharu meneruskan aspek ‘Built Ford Tough’. Pada masa sama meningkatkan tahap keperincian yang jarang dilihat dalam segmen trak pikap. Rekaan luaran lebih gagah dan moden memberikan Ranger penampilan yang mantap di atas jalan raya. Manakala ruang kabin yang bergaya menawarkan suasana yang selesa, kontemporari dan seperti sebuah kereta untuk pemandu serta penumpang.

Rangkaian teknologi termaju dan ciri-ciri lebih pintar ditawarkan untuk membantu pemandu kekal terhubung serta sentiasa dalam kawalan. Ini termasuklah ciri ketersambungan SYNC 3 dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto yang meningkatkan lagi aspek kemudahannya. Di samping ciri Lane Departure Warning and Assist, Forward Collision Alert & Mitigation, 4×4 shift-on-the-fly, Adaptive Cruise Control, sistem MyKey® dan Electronic Locking Rear Differential.

Ranger terus menjadi model terlaris Ford di Malaysia dan antara trak pikap paling laku di pasaran. Pada suku pertama tahun 2018, jualan Ranger membantu meningkatkan perkongsian pasarannya dalam segmen trak pikap kepada 15.3 peratus, naik 1.3 peratus berbanding suka pertama tahun lalu.

“Ford Ranger terbukti sebagai sebuah trak pikap paling lasak dan pintar yang boleh diharapkan oleh pelanggan. Aspek kecekapan dan keperincian yang telah dipertingkatkan, serta rangkaian teknologi pintar membantu menambah tarikan Ranger kepada lebih ramai pelanggan baru Ford di Malaysia,” kata Muzri

Di Malaysia, Ranger boleh didapati dalam 10 varian – Ranger Wildtrak, Ranger FX4, XLT, XL dan Standard – ini bagi memastikan ia mampu memenuhi apa jua keperluan kerja dan gaya hidup pelanggan.

Maklumat lanjut mengenai Ford, sila layari laman web pelbagai bahasa SDAC (www.sdacford.com.my). Laman web ini mempunyai ciri chatbot dalam tiga bahasa – Inggeris, Bahasa Malaysia dan Cina untuk memberikan pengalaman yang lebih baik kepada pelanggan.

Ford Ranger 2.2L Wildtrak Front View

Previous post

Toyota dan Suzuki Setuju Mulakan Perbincangan Kerjasama Masa Depan

Next post

Harga Baharu Rangkaian Model Porsche Dengan 0% GST Diumumkan

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *