Berita Auto

Harga BMW dan MINI Dengan GST Pada Kadar Sifar

BMW Group Malaysia telah mengumumkan bahawa harga kenderaan BMW, MINI dan BMW Motorrad ditetapkan pada kadar 0% GST sehingga makluman lanjut dibuat oleh Kementerian Kewangan Malaysia.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Harald Hoelzl, Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia berkata, “Sementara kita menunggu makluman lanjut dan pengesahan daripada Kementerian Kewangan Malaysia, kita akan meneruskan usaha untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan kami. Sudah tentunya, BMW Group Malaysia akan memastikan para pelanggan dapat terus menikmati pengalaman Pemilikan Premium yang ditawarkan.”

Pengalaman Pemilikan Premium yang ditawarkan oleh BMW Group Malaysia merangkumi:

  • Waranti Perbatuan Tanpa Had Selama 5 Tahun oleh BMW serta Program Servis Berjadual Percuma.
  • Waranti Perbatuan Tanpa Had Selama 4 Tahun oleh MINI serta Servis Berjadual Percuma.
  • Program Waranti Tayar Selama 2 Tahun/24 Bulan oleh BMW untuk penawaran servis Run Flat Tyre.
  • Bantuan Tepi Jalan dan Hotline Kemalangan oleh BMW.
  • Aplikasi Mudah Alih BMW Group Loyalty+ – BMW White Card, MINI Black Card dan program keahlian BMW Excellence Club.
  • Servis Atas Talian oleh BMW dan MINI.

Berikut adalah senarai harga terbaru bagi BMW, MINI dan BMW Motorrad:

BMW - Peninsular Malaysia-1

BMW Motorrad - Peninsular Malaysia-1

MINI - Peninsular Malaysia-1

 

 

Previous post

Maserati GranTurismo Yang Diperbaharui Tiba di Malaysia

Next post

Subaru XV Plug-In Hibrid Mula Dijual

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *