Cerita Auto

Jualan Alfa Romeo Naik Sehingga 60% Terima Kasih Kepada SUV Stelvio

Nampak gayanya Alfa Romeo membuat kemunculan kembali, tetapi belum lagi untuk Malaysia. Permintaan Eropah untuk Alfa naik walaupun tidak ada di kesemua pasaran. Menjual kira-kira 170,000 kereta pada 2017, Alfa Romeo naik 60% tahun 2016. Selama 5 tahun yang lalu, pelancaran semula Alfa Romeo sudah lama menjadi bahan berita oto. Tetapi, akhirnya, ia kelihatan seolah-olah jenama itu akhirnya mendapat perhatian ramai.

Adalah dipercayai bahawa jualan Alfa adalah sekitar 170,000 kereta pada tahun 2017 dengan majoriti  Giulia dan SUV Stelvio yang mahal dan ini telah menghasilkan lonjakan sekitar 60% pada 2016.

Tidak mengejutkan, SUV Stelvio yang paling laku. Sama seperti Porsche tahun lalu ketika Cayenne dilancarkan, ia menaikkan keuntungan syarikat dengan hanya jualan SUV Cayenne.

Menurut JATO Dynamics, pada bulan Februari tahun ini, SUV itu melebihi jualan Porsche Macan di kesemua 28 pasarannya di EU. Stelvio juga mendahului jualan Jaguar F-Pace.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Tidak hairanlah, bahawa Alfa akan melancarkan SUV yang lebih besar memandangkan Stelvio telah diterima dengan begitu baik oleh pasaran Eropah. Margin keuntungan untuk SUV mewah adalah sangat menguntungkan dan Porsche boleh mengesahkan ini.

 

Previous post

Go Auto Membuka Pusat Niaga Haval Baharu di Skudai

Next post

Keuntungan Nissan Menurun 12% ... Tapi Ini Akan Berubah 2018 Ini

Ross Hadi

Ross Hadi

14 tahun bikin burger, 21 tahun mengacara, 8 tahun borak kereta dan kini ... berkongsi sama!

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>