Berita Auto

Kegagalan Tali Keledar VW Polo …… Recall Global Tidak Lama Lagi

Berita baru diterima mengenai kerosakkan tali keledar penumpang belakang VW Polo. Semasa ujian, didapati penumpang belakang tidak dapat membukanya ketika berada di tempat duduk dan ini juga termasuk tempat duduk bayi yang menggunakan tali keledar itu. Kereta SEAT juga menghadapai masalah sama.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Majalah automotif Finland Tekniikan Maailma menguji kereta ini dengan ujian tukar lorong sambil membawa lima penumpang, dan mendapati pergerakan penumpang tempat duduk tengah di belakang cukup untuk membuka tali pinggang penumpang sebelah kiri mereka.

Menurut Tekniikan Maailma, ini terjadi pada beberapa kali  dalam setiap model yang diuji. Mereka juga menguji dua SEAT Aronas untuk mengesahkan bahawa ianya bukan masalah terpencil kereta yang diuji.

Volkswagen di Eropah kini telah menasihatkan bahawa pemilik kereta terjejas tidak menggunakan kerusi tengah belakang sebelum pengumuman recall dikeluarkan, dan mengatakan bahawa mereka akan menyediakan penyelesaian teknikal tidak lama lagi. Sementara itu, Seat telah mengesahkan bahawa mereka juga telah mempunyai isu yang sama semasa ujian baru Arona dan Ibiza.

 

Previous post

312,000 BMW Kena Recall di England ...... Bagaimana Dengan BMW Anda?

Next post

Laporan Ketidakpatuhan Audi Model A6 Dan A7 Diesel Mereka

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *