Berita Auto

Kereta Perodua Lebih Murah Dengan Kadar 0% GST

Perodua telah mengeluarkan senarai harga baru bagi semua modelnya berikutan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) 0% mulai 1 Jun 2018.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

“Bermula 1 Jun, semua kenderaan Perodua secara purata berharga 5.6% lebih rendah berbanding sebelumnya,” kata Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd, Dato’ Dr. Zahari Husin.

“Memandangkan kerajaan telah mengumumkan bahawa Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) akan diperkenalkan semula pada bulan September, kami menggalakkan semua rakyat Malaysia untuk menggunakan kesempatan yang terbaik dalam tempoh tiga bulan ini untuk membeli kenderaan Perodua,” katanya.

June Sales Campaign_Flyer_BM-1

Oleh yang demikian, pembayaran balik GST untuk pembelian kenderaan, servis dan pembelian alat ganti dari 18 sehingga 31 Mei akan berakhir, kerana pelanggan akan membayar 0% GST mulai 1 Jun.

Tambahan kepada 0% GST, untuk bulan Jun, Perodua juga menawarkan rebat sehingga RM800 untuk model dan varian yang terpilih.

“Sila kunjungi mana-mana cawangan jualan dan servis yang sah di seluruh negara untuk maklumat lanjut mengenai produk dan perkhidmatan kami,” kata Dato’ Dr Zahari.

Perodua Price List Axia

Perodua Price List Myvi

Perodua Price List Bezza

Perodua Price List Alza

Previous post

Honda Mencapai Rekod Angka Pengeluaran Tinggi Di Luar Jepun

Next post

Infiniti Malaysia Umum Harga Baharu Dengan GST Kadar Sifar

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *