Berita Auto

Lynk & Co – Sebuah Cawangan Moden

Selain dari kereta Volvo dan London Taxi, terdapat satu lagi jenama kereta yang dikenali sebagai Lynk & Co, yang dimiliki oleh Zhejiang Geely Holding Group. Kereta jenama ini dipasarkan khusus sebagai usahasama Geely dan Volvo.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Jenama ini sudahpun mendapat sambutan, dan menarik perhatian para belia professional dengan berunsurkan sebuah kereta yang moden, reka bentuk yang bergaya serta ‘connectivity’ di dalam kereta. Kereta-kereta tersebut menekankan aspek perhubungan dan komunikasi. Sekiranya anda merasakan bahawa sesebuah kereta itu mempunyai jiwa, maka jenama ini adalah jawapan yang tepat.

Lynk&Co 01

Bagi Hazree Hashim dari Pesat Auto Sdn Bhd, beliau berpendapat, “Cawangan mereka adalah mengenai gaya hidup. Jika anda berada di Malaysia, anda akan dapat merasakan seperti berjalan masuk ke dalam pusat membeli-belah Pavilion, dengan pencahayaan yang digunakan, aura, malah kualiti perabot yang digunakan di cawangan itu. Anda seolah-olah ada di tempat yang mewah ketika berada di cawangan itu. Apa yang kami boleh perkatakan ialah ianya mewah tetapi cukup sederhana.”

Lynk&Co car miniature section

Bagi Jeffrey Ngu Heng Hing, daripada Ngu’s Motor Service Sdn Bhd, “Kereta ini menawarkan pelbagai teknologi, pilihan warna yang menarik, reka bentuk papan pemuka yang sederhana, dan model kereta ini dikenali sebagai 01, yang merupakan strategi pemasaran yang hebat, sesuatu yang mudah untuk diingati dan senang untuk dikaitkan dengan pelbagai perkara, seperti dalam nombor 01.”

Lynk&Co merchandise area (2)

“Selepas berkunjung ke cawangan ini, saya yakin untuk mencontohi apa yang saya lihat. Di ruangan sudut cawangan ini, kami dapat melihat terdapat butiran maklumat pelanggan yang mempamerkan rekod penghantaran yang boleh dilihat oleh orang ramai. Terdapat juga nama nama Penasihat Jualan, para pelanggan, serta jadual penghantaran kereta mereka. Ini adalah perkara yang baharu, dan saya ingin melakukan perkara yang sama di cawangan saya. Maklumat-maklumat seperti itu dapat memberikan gambaran yang jelas tentang apa yang berlaku kepada setiap kereta pelanggan, serta titik rujukan yang cepat dan berguna,” kata Azizulmu’min Mohd Hussain Malim dari Rohamas Corporation Sdn Bhd.

Lynk&Co customer waiting area

Bagi Ha Yih Wei pula dari Juara Mulia Motor Sdn Bhd, “Ia adalah satu pengalaman yang berbeza ketika berkunjung ke cawangan Lynk & Co, sama ada dari segi rasa dan rupa. Bahagian dalamannya juga terdapat gambar yang dilekatkan pada dinding yang mempamerkan sekumpulan wanita muda dan lelaki dengan kata-kata atau slogan mengenai gaya hidup”.

Previous post

Promosi Hari Raya Aidilfitri Mitsubishi Motors Malaysia

Next post

Toyota C-HR Terima Penarafan 5 Bintang ASEAN NCAP

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *